Thursday, May 27, 2004

Terima kasih

Bismillah,

'Kata-kata' .. apakah yang ada di sebalik 'kata-kata' .Ada orang cakap ..kata-kata begitu tajam sehingga mampu menghiris jiwa ..dan ada orang cakap juga ..kata-kata begitu ajaib sehingga mampu membina jiwa .Dahulunya aku hanya mampu mendengar ,membaca mengenai kenyataan itu dan merasakan mungkin itu adalah benar.Aku tidak begitu mempedulikannya .

Tetapi kali ini aku percaya dan merasainya .Kata-kata lancang telah menghiris jiwa ini ,dan kata-kata sahabat membina dan merawat jiwa yang terluka . Setengah orang berkata mereka tidak memerlukan kata-kata simpati ...kata-kata yang memberikan semangat dan penawar ketika terluka dan disakiti . Tetapi bagi aku ..kita tetap manusia biasa serba lemah. Kita memerlukan diantara satu sama lain .Ada kalanya kita disakiti ..ada kalanya kita menyakiti (sedar /tidak sedar) ...ada kalanya juga kita dirawat dan merawat .Dunia ini adalah pusingan roda . Walaubagaimanapun penyerahan pertama hendaklah kepada Ilahi dan aku juga percaya selalunya pertolongan Ilahi datang melalui tangan hamba-hamba Nya.

Bagi aku ...ketika aku dilukai semalam , aku amat menghargai insan-insan yang merawatnya hari ini.Terima kasih!! terima kasih ! terima kasih ..Aku tidak malu untuk menuturkannya walaupun untuk berkali-kali .

Aku yang tengah carca marba

Bismillah,

2 hari nih aku tengah takdak mood nak menulis . Aku tengah berperang mencari jawapan dan alasan untuk aku meneruskan penulisan berkaitan dengan kehidupanku. Aku telah jelaskan bahawa apabila aku menulis ,maka diri aku yang sebenar akan mula muncul .Aku tak suka !! aku tak suka diri aku yang serba lemah dan daif ini diketahui kerana apabila aku menulis aku menulis dari hati.Aku tak mahu isi hati aku diketahui oleh beberapa orang yang aku tak suka. Selagi aku ada di atas garis yang dibenarkan ..biarkan aku jangan kaco!! ... Hidup aku berkocak dan carca marba !! Mungkin aku telah melakukan kesilapan kerna menghebahkan weblog ini. Perlukah aku menulis lagi? aku hampir-hampir mendelete weblog ini ... tetapi ketika aku tidak keharuan itu..aku telah bertamu di teratak abang MBA ..

Cebisan kata-katanya merawat luka yang kembali berdarah ini .terima kasih .Nampaknya aku harus terus menulis..hehe.

(Ini tidak berkaitan dengan geju dan kawan-kawan yang baik dengan aku)

Tuesday, May 25, 2004

Pontianak wangi(minyak attar) sundal bolong .. part 3 (18PL)

Bismillah,

Final episode ,

Lepas 'shoru' ngan ke bilik air ..terus masuk pawagam. Tak sabar-sabar nak tengok PHSM nih sebab diaorang cakap menggunakan teknik CGI (Computer generated effects) dan dikhabarkan kos pemfileman 2.5 juta. Biasalah kekadang tuh promosi jer lebih tambah kontroversi sikit ..hehe .Tp dia punyer official website kira gempaq jugak ler (bg aku yang buta IT sikit nih..korang specialist CG ..tak heran kot). So aku nak pastikan aaa .Masuk pawagam tuh ketika wayang dah nak start ,seat aku antara belakang sekali ..tapi okla still nampak clear ...memang clear .

Mula-mula aku nak pergi duduk tempat aku ,seat depan sikit ,tapi aku segan la pulak sebab sebelah aku tuh perempuan ngan balak dia hehe. Nanti kalau dia terkejut terdakap aku mampuih aku nak mengelak ..hehe reason jer .Aku nih dengan perempuan memang segan giler.Kih kih .So aku tengok seat belakang kosong ,aku duduk sana sat ler ,sambil dok ushar kalau tuan punya seat datang ,menjadikan konsentrasi aku terhadap cerita PHSM terjejas awal-awal. Pada pandangan aku grafik cerita PHSM nih kira ok jugak ler .Tapi aku tak surelah sebab mungkin standard lawa macam tuh kan sebab aku jarang pergi tengok wayang.

Cerita PHSM ini menggunakan jalan cerita mengimbas kembali(flash back story) dari semasa ke semasa bagi memahamkan penonton .Plot masa cerita adalah pada tahun 1947 dan 2004(sekarang).Sinopsis cerita dia macam nih,aku organize balik cerita supaya korang faham (sebab dia guna teknik flashback so jadik carca marba..tp teknik ini menarik ).
Korang boleh rujuk -> cerita PHSM

Plot masa 1947(imbas kembali)

Paku Laris terkenal dengan Primadona Meriam(maya karin), penari gamelan yang telah menawan hati ramai peminat di pasar dan di istana. Harum bunga sundal malam pembuka tarian Meriam serta kejelitaannya mengasyikkan. Sesekali apabila gerak Meriam bersatu dengan rentak, tubuh Meriam menjadi ringan dan terapung di atas canang. Saudagar Marsani dan sahabat baiknya Danial di antara mereka yang berebut-rebut mencuri hati Meriam.Tetapi Meriam memilih Danial sebagai suaminya.Terjadi satu peristiwa yang menyebakan meriam jatuh hati pada danial.

Selepas malam pertunjukan ,meriam telah diculik oleh 2/3 orang (kebetulan pekerja saudagar marsani) ,tetapi diselamatkan oleh danial (biasalah hero ..kihkih) .Saudagar marsani tak terlibat dengan komplot itu .Marsani yang lebih tampan terguris dan menyimpan perasaan cemburu.Pada satu ketika danial suami meriam terpaksa pergi ke indonesia untuk urusan perniagaan ,maka tinggallah Meriam ,Laila (teman mariam)dan pembantunya yang separuh pekak.Maka datanglah saudagar marsani untuk berbincang sesuatu dengan meriam dengan menawarkan suatu perjanjian ..jika meriam bersetuju antara faedahnya marsani berjanji akan berbaik semula dengan danial bekas teman lamanya .

Meriam bersetuju .Masa nak sain aggreement tuh ,marsani tak dapat mengawal perasaan dan nafsu ,maka disentuhnya meriam. Meriam menghalau marsani keluar dari rumah . Ketika nak lari turun dari tangga ,meriam terjatuh dan tercucuk perut dengan pisau bodyguard marsani (secara tak sengaja) .Maka berlumuran darah. Marsani menangis giler babi sebab (masih lagi sayang pd meriam) tp dibawa lari oleh bodyguardnya bersama dengan 2/3 harta kepunyaan meriam .

Laila dan pembantunya yang separuh pekak, terjumpa Meriam yang mengandung anak sulongnya berlumuran darah tertikam di perutnya. Meriam meninggal tetapi anaknya dapat diselamatkan.Nak dijadikan cerita selepas itu kapal Danial pula karam di laut dan membawa maut.

Kejadian aneh mula berlaku di Kampung Paku Laris. Ramai yang terbunuh terutamanya kaum keluarga dan orang-orang Marsani.. Orang kampung menuduh Meriam mengamalkan ilmu hitam dan kembali menjadi pontianak.Masa tuh orang kampung mengejar pontianak ini dan memakunya di tengkok .(yang bestnya kalau korang perhati betul-betul dalam kumpulan orang kampung tuh ada aflin shauki berlakon..hehe ...mamat nih pelakon tambahan pun nak berlakon ..kihkih ..minat giler aku mamat nih..lawak nak mamposss).Apa terjadi selepas itu tak lah pulak ditunjukkan samada ..jadik manusia balik ker ..atau vanish macam tuh jer ker... Anak meriam pulak dibawa lari demi keselamatan oleh laila dan dibesarkannya.

Plot masa 2004 (sekarang)

Sekarang marsani tokoh perniagaan yang membangunkan kg/pekan paku laris. Siap dapat gelaran dato' aaa. Di sebalik rahsia tersembunyi beban dosa menghantui Marsani yang hidup dalam kematian hingga kini. Dalam ketakutan, Marsani menghadapi hari tuanya menunggu ketibaan Meriam kerana percaya Meriam akan menghapuskan keturunannya. Marsani melawan usia tuanya melalui rawatan ozon dan pembedahan plastik. Asmadi(rosyam noor) yang agak sewel sudah biasa dengan perangai bapa saudaranya.(cerita hantu pun ada unsur komedi..rosyam nor lawak giler dalam cerita nih ..member aku cakap meng 'spoil'kan cerita ..aku ok jer..)

Kemunculan Maria(pekerja baru) seiras Meriam dan bekerja di cafe Ana(isteri kepada cucu dato'marsani) . Marsani melihat Maria sebagai Meriam dan percaya cucunya Norman bersama isterinya Ana akan menjadi mangsa dendam Meriam. Beberapa peristiwa mempengaruhi hidup Marsani, Maria, Norman dan Ana setelah terjumpanya kubur di tapak pembinaan tempat Norman bekerja. Lembaga yang menakutkan telah kelihatan berkeliaran di Paku Laris. Maria semakin hari semakin merasakan dirinya berubah dan dia bukan lagi Maria. Dia menjadi takut kerana dituduh pontianak oleh Marsani setelah melihat tanda ditengkoknya.

Bau haruman bunga sundal malam dan barang lama peninggalan Marsani di rumah Ana mengakibatkan perkahwinan Norman dan Ana terancam. Marsani dan Asmadi cuba memberi amaran kepada Norman dan Ana bahawa Maria adalah Meriam yang kembali menjadi pontianak untuk membalas dendam tetapi tidak diterima oleh mereka. Marsani akhirnya memaksa Maria berhadapan dengannya bertarung bagi kali terakhir.

Pada pemahaman aku maria nih anak meriam yang dibawa lari oleh laila ke indonesia .Kemudian disuruh laila datang ke tempat dato' marsani ,mengambil kembali hak dan harta/tanah peninggalan kedua ibubapanya .Meriam yang menjadi pontianak ,sering merasuk maria untuk menjalankan agenda dia terhadap marsani(bengong betul hantu nih ..anak sendiri pun nak guna !hehe) .Last sekali marsani mengakui kesalahannya dan mati sempat mengucap ..hehe bukannya mati digigit pontianak .


Teknik menakutkan dalam cerita nih kira best jugak ler sebab aku pun terkejut/takut jugak sikit2(kena cover! kihkih) .... dia guna teknik hantu keluar secara mengejut lepas tuh hilang. Sekali keluar tuh aa..siap hantu tuh mekap giler babi aa real!!! wa cakap lu ..hehe .(Aku ingat nak letak gambar maya karin ngan suit hantu dia tuh..Tp aku risau korang takut lak..aku pun takut gak sebab aku edit entry nih pukul 2 pagi..hehe.)

Teknik ini telah berjaya menakutkan aku yang cuba berlagak macho ini..selamat ler aku tak terpeluk awek sebelah ..hehe..takderlah gurau jer. Teknik ini telah dipakai dalam pembikinan filem 'I know what u did last summer' . Sebab teknik ini berjaya dalam cerita nih sebab bila hantu keluar lama ,mula-mula kita takut aaa..tapi bila lama2 kita dapat menganalis hantu tuh macammana... so kita jadik kurang takut aaa..tp bila sekejap memang suspens betul aaa..bila dia nak keluar lagi..hehe korang faham tak??hehe .nasib ler klu tak faham ..buat2 faham jer laaa...kihkih

Filem nih aku rasa banyak kena sunting dengan FINAS sampai banyak part tiba-tiba jer blank terus bersambung part yang lain..menjadikan penonton confius dan pening! Dalam wayang tuh siap ada suara-suara yang mengatakan bosan dan sebagainya .Tapi bagi aku ..rating filem ini dari 5 bintang tuh aku kasik 3 bintang *** (kira ok la ..menarik gak aaa) ..banyak improvent dan banyak pendekatan pemfileman yang baik dan canggih.

Satu lagi, lagu yang digandingkan dengan filem ini memang best ! mula-mula ingatkan lagu cinta tetapi ala seram sikit2..tapi bila diamati lirik dia memang seram ! hehe . Komposer ajai ..ajai nih memang power aa cipta lagu..! Lagu yg korang dengar ketika bukak dan baca blog aku nih ..itulah lagu dia.

rujuk-> PULANGKAN

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasih ku bukan,
Untuk mu, sayang

Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila bunyi bersatu
Kau milik ku

c/o
F : Pulangkan cinta hati ku
M : Oh hentikan lah menghantui ku
F : Pulangkan oh pulangkan lah pada ku
M : Ku pulangkan kesan hidup mu
F : Yang dikau musnah tanpa relaku
M : Bebaskanlah maafkan daku, oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, sayang….


Lagu : Ajai
Lirik : Habsah Hassan & Shuhaimi Baba

Monday, May 24, 2004

Pontianak wangi(minyak attar) sundal bolong .. part 2 (18SX)

Bismillah,

(Isi kali ni mungkin panas sikit ..itulah korang suruh aku menulis lagi ..aku nih jenis selambak dek jer tulis..hehe )

Setelah sampai di city square (bebudak UTM panggil CS ).Park kereta dan bergerak ke pawagam. Aku tak makan malam lagi ..perut dah meragam ..takkan nak tengok wayang dengan perut lapar kot..tak leh jadik nih..harap2 wayang tuh lambat sikit bolehlah aku 'shoru' dulu .hehe. Sampai-sampai ke tempat wayang ..'tu diiiaaaa' aku cakap dalam hati ramainya umat nak tengok wayang ..tak heranlah yer hari nih hari minggu terlupa lak aku .Ditambah pulak ada 2/3 filem baru menarik macam 'shrek 2' .

Setelah sampai jer tadik ..terus mood aku nak tengok wayang tadik tingal separuh jer .nak tahu kenapa? nak tahu tak? kalau tak nak tahu ..takperlah aku taknak citer ..hehe .Actually aku tak suka tengok ramainya couple-couple berpegangan (tangan dan *****) ,berpelukan tanpa segan silu di khalayak ramai. Aku nih walaupun rock-rock aku dan takderlah alim sangat tapi aku berpegang pada yang wajib,hukum dan adat.

Aku percaya bahawa cinta itu fitrah dan suci dan memang fitrah lelaki suka kepada wanita dan sebaliknya. Tetapi aku jugak percaya hidup kita sebagai manusia perlu berpaturan dan berhukum supaya kita tidak sama dengan haiwan dan binatang ternakan. Siapakah yang lebih layak diikuti peraturannya selain daripada Allah ..Tuhan yang menciptakan kita.
Pendapat aku la.. cinta orang yang belum terikat dengan perkahwinan ini perlu dibatasi dengan hukum dan adat .Hukum menyatakan janganlah kamu duduk berdua-duan dengan bukan muhrim.Tetapi malam tuh bukan itu sahaja ,malahan lebih daripada itu .Aku rasa kesian ,sebab mungkin mereka ini daif dan terdidik dalam suasana begitu dan terjun ke dalam lubang kejahilan.

Orang kekadang selalu menuding jari pada Islam dan mengatakan islam itu rigid ..itu tak boleh.. ini tak boleh .Pada pandangan aku yang daif dan lemah ini ,islam tak pernah melarang penganutnya berbuat sesuatu yang baik dan memberi manfaat tetapi ingin menjaga umatnya daripada membuat perkara yang merosakan diri dan orang lain.Islam tidak melarang percintaan ..kerana cinta itu suci dan fitrah tetapi ada batasannya. Seseorang yang betul-betul kasihkan kita tidak akan sanggup perhubungan itu dinodai dengan perbuatan-perbuatan yang melanggar syarak dan adat .Kalau sebaliknya bermakna dia daif atau menurut nafsu.

Sheikh Atiyyah Saqr iaitu bekas Pengerusi JAwatankuasa Fatwa Mesir di dalam kitabnya Seen wal Jeem lil mar'atil muslimah ada ditanyakan berkaitan cinta ini. Beliau menjawab bhw bercinta itu tidak salah. Yg menjadi kesalahan adalah perlakuan kesan drpd bercinta itu. Ini krn cinta itu mempunyai satu 'kuasa' yg tersendiri. Jika tidak dikawal, maka ia boleh membawa mudharat yg besar. Namun, jika ia dikawal oleh batasan syara', maka tidak mengapa utk bercinta. Krn Allah telah menganugerahkan hambanya perasaan cinta.

Kalau nak berjumpa tuh biarlah ada orang ketiga (muhrim bagi wanita tersebut)ataupun pergi jumpa dia di rumah ibubapa.Supaya terjaga kata-kata dan tingkah laku. Lelaki dan wanita umpama magnet ..bila dekat caj dia kuat.. alim tera mana pun luruh habis tak leh control bila caj dah kuat..hehe. Akhirnya yang akan rosak kemulian dan kehormatan kedua-duanya .Cinta suka-suka itu hanya ikut nafsu tapi cinta yang bermatlamat perkahwinan baru cinta sebenar dan suci. Kita mengaku sayang ,kita mengaku rindu ,kita mengaku sanggup lakukan apa saja untuk dia tetapi kita tak la pulak sanggup mengambil dia sebagai teman hidup yang sah .Alasan remeh temeh diberikan ,kalau ada pun kenapa tak usahakan sungguh2 agar dapat diatasi.Kalau betul2 sayang ..kalau betul rindu ..sayangilah ,cintailah dia sebelum dan selepas perkahwinan .Buktikannya dengan sanggup bersusah-senang membina kehidupan ini bersama. Bila kemulian dan kehormatan diri kita tercalar dek kerana mengikut hawa nafsu, keluarga juga turut terjejas . Jika keluarga porak-peranda ..masyarakat akan huru-hara.

Siapa kata islam itu tidak romantik ,siapa kata dalam islam tiada kasih cinta sejati .Lihat sajalah pada ayat-ayat alquran ,hadis-hadis nabi dan contoh teladan daripada nabi kita sendiri. Allah menyatakan dalam Al-quran yang bermaksud

"Di antara tanda-tanda kebesaranNya ,diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu merasa ketenteraman antara satu dengan yang lain ,dan dijadikanNya kasih- sayang dan belas-kasihan antara kamu ,sesungguhnya dalam hal itu menjadi keterangan bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum:21)

Islam amat menggalakkan suami isteri bermesra-kasih,bergurau-gurauan ,berpegangan tangan dan melihat pasangan dengan perasaan cinta dan sayang. Malah jika dilakukan begitu pahala berlipat ganda .Dan jika berlaku sebaliknya Allah dan nabi amat murka ..malahan limpah rahmat Allah tidak akan dekat .

Lihatlah pada junjungan nabi kita Muhammad saw .Baginda sentiasa beramah-mesra dengan isteri-isteri baginda ,bermain-main berkejar-kejaran dan juga diriwayatkan suka berbaring/tidur di riba Siti Aisyah ra. Nah kita nak carik model terbaik mana lagi .Islam itu mudah dan cantik tetapi sering difitnah dan dikaburi kerana ada sesetengah golongan yang mengaku mengamalkan islam(berpakaian islam etc) tetapi bengis dan kurang adab dengan keluarga sendiri.Maka yang tercalit dan terpalit adalah Islam . Nak enjoy ...enjoylah ...nak bercinta ..bercinta lah ..tapi biarlah setiap benda yang dibuat dibatasi dengan garis-garis agama dan adat yang baik.

Emmm aku dah start berleter hehe ..sorry yer ..cumanya aku tak pernah salahkan orang lain 100% ,aku pun sama gak .hehe.Dan mungkin aku nih ketinggalan zaman dan ortodoks ..hehe.

Disebabkan entry kali nih jiwang sikit hehe aku nak citer best punyer citer..hehe .Ada sekali aku sms (sms jer ..orang miskin ..kihkih)..permaisuri hati aku dengan sebuah pantun :

Apa guna pasir setambun ,
kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun ,
Kalau tidak seumur hidup.

(Aku chilok pantun ini dari novel 'tanah andriyana' tp aku tak citer aa kat dia ..hehe)

then tak lama selepas itu datang sms dari si dia ,

Apa guna harta sepeti,
Jika ia tidak berharga,
Apa guna kasih ke mati ,
Jika tidak membawa ke syurga.


Ekkk aku dah kena sebijik! kihkih .Alhamdulillah ..sejuk mata hatiku .Apa macam geng ..bertuah tak aku????!!!!! ekekekekekegeju (hehe plagiat gelak tipah ..tp tipah tak leh minta royalti sebab aku dah ubah sikit :D )

Perjalanan di Jb bersambung ..final episode ..esok !! kuang kuang kuang :D








Sunday, May 23, 2004

Pontianak wangi(minyak attar) sundal bolong .. part 1

Bismillah,

Semalam member aku call semasa aku tengah surf internet melayan weblog-weblog online geng jurnal .Dia mengajak aku menonton wayang 'pontianak harum sundal malam' (hehe tukar sikit tema tuh kat atas..sebab tujuan aku nak tulis lain) .Emmm serba salah gak aku ..nak pergi ke tak nak ?Aku tak minat citer melayu sebenarnya, last sekali pergi jugak ler.... hehe saja ler biler dah start menulis blog nih kena banyakkan aktiviti kan..kihkih.Plus aku saja nak temankan member aku nih sebab dia tengah bosan.

pontianak harum sundal malam


Dalam hidup aku hanya 3 kali jer aku pergi tengok wayang. Sekali masa kecik-kecik ..dapat tiket free 'three mutant ninja turtles' ,kali kedua masa cerita ala-ala comic yang guna effect giler babi tuh (cerita cina kungfu) keluar ..aku pergi aa sebab aku minat komik gak. Kali ketiga masa ,bila ekk? dah lupa ...ooo masa tuh aku pi ngan member aku nih jugak tengok cerita aflin 'gila2 pengantin remaja' .

Aku tak minat sangat nak pergi wayang nih ..satu ..sebab aku rasa lebih bagus aku beli vcd ciplak ..boleh aku tengok berulang kali ..sound effect tuh kurang sikit ler tp bukan banyak pun filem pakai sound effect..aku pulak nak tengok cerita jer ..tak kisah ler macammana yang lain.Kedua ..aku di ajar nengok wayang nih macam 'negative' sikit daripada segi agama .. dalilnya aku pun kurang pasti ..itu yang sebab aku ngelat jugak sikit-sikit pergi..hehe .Aku minat giler movies , especially hollywood movies aaa.. cerita melayu nih aku lemah sikit.Tp sekarang nih aku lihat movies melayu macam ada improvement aaa.


So kitaorang pun keluar gi bandar JB .Sesak giler .eemm maklumlah malam minggu ..aku nih sesak-sesak nih aku rimas ..nyesal gak aku ikut ..(hehe.marah member aku tuh nanti ..klu dia baca..).On the way tuh ..kitaorang sembang tentang bab paling syok iaitu perkahwinan .Aku citer kat member aku nih ..aku insyaAllah habis master nih dapat kerja ..aku nak terus kahwin ..sebab aku rasa memang dah sampai masanya aku kahwin sebagai menurut sunnah ,penenang jiwa dan membawa barakah dalam kehidupan aku .

hadith nabi yang bermaksud
'Wahai para pemuda ,barangsiapa di antara kamu telah mampu menanggung beban rumahtangga hendaklah segera berkahwin ,kerana hal itu lebih dapat memejamkan mata(yakni tidak memandang perempuan) dan lebih dapat menjaga kesucian diri(dari perbuatan zina). Siapa yang belum mampu sebaiknya ia berpuasa, kerana puasa baginya adalah penjagaan diri'

Then member aku nasihat aku laaaa.. 'hafiz ..ko kena establish diri ko dulu ..baru ko kahwin ..aku ada ramai member2 yang kelam-kabut sebab sebaliknya' . ekkk terkesima aku sebentar .Tp aku cepat2 collect myself back. Aku cakap memang betul cakap dia tp bagi aku laa..for surelah aku nak establish diri aku (punya gaji tinggi ,jawatan tinggi stabil ,kereta besar dan lain-lain) ..tp bg aku ..jika aku dah ada cukup syarat (kerja ,pembelanjaan(kalau tak sempat.. hutang bank kot.hehe) etc) aku nak cepat kahwin .

Aku percaya memang kena habiskan duit banyak nak kahwin ..Lepas tuh ko ada tanggungjawap menyara isteri dan anak2. Tapi aku percaya perkahwinan ini membawa rezeqi yang banyak dan barakah .Setiap kesusahan itu ada hikmahnya dan balasan pahala .

sabda nabi lagi yang bermaksud
"Barangsiapa yang membiayai penghidupannya sendiri dengan niat isti'faf(tidak meminta-minta belas kasihan orang lain) ,itu adalah sedekah ,dan barangsiapa membiayai isteri ,anak-anak dan sekalian ahli rumahnya juga adalah sedekah" diriwayatkan oleh Imam Thabrani.

Aku dah lihat banyak pasangan yang berkahwin ini melimpah ruah rezeqi yang datang ,hidup tenang dan gembira setelah berkahwin .Aku bukan mereka-reka cerita .Aku lihat sendiri abang aku ,abang sepupu aku dahulunya mereka ini berada dalam kesulitan jugaklah tetapi setelah berkahwin jiwa dan diri mereka semakin mantap dan kukuh .Rezeqi melimpah ruah dari dekat dan jauh .Rohani mereka juga terdidik dan terjaga .

Kita nih asyik meng'highlight'kan benda-benda yang negatif ..sedangkan janji Allah kita tak yakin .Aku percaya ada jugak ler pasangan-pasangan yang mengalami ujian dan dugaan .Mungkin itu sebagai latihan buat mereka sebelum mereka berjaya di kemudian hari dan juga sebagai penebus dosa-dosa ,penambah pahala.
Nabi dah sebut yang bermaksud .

"Di antara berbagai macam dosa ,ada beberapa dosa yang tak terhapus kecuali oleh kesulitan mencari penghidupan" . diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Nah kenapa kita masih tidak mahu berkahwin lagi .Baru-baru ini kita dikejutkan oleh berita penurunan kadar perkahwinan orang melayu di malaysia .Jumlah perkahwinan masyarakat Islam pada tahun 1998 ialah 95,312 dan menurun secara mendadak kepada 90,408 pada tahun 1999, sebelum meningkat sedikit kepada 91,990 pada tahun 2000.Bagaimanapun, angka tersebut menurun kepada 90,267 pada tahun 2001 dan menjunam secara drastik kepada 85,588 pada tahun 2002.Ini diburukkan lagi dengan kadar penceraian yang tinggi .Perkembangan tersebut, jika tidak ditangani segera dikhuatiri boleh menjejaskan masa depan institusi keluarga di negara ini.Apabila institusi keluarga negara terjejas maka sudah pasti negara akan huru-hara. Kesannya pun sekarang kita dah rasa.

Rujuk -> utusan malaysia .

utusan malaysia 12 mei 2004


Aku nak citer ketika aku jumpa kekasih hati aku(bakal isteri insyaAllah..amin) .Aku dah niat ,aku niat aku berhubungan dengan dia(tetap terbatas dengan hukum dan adat) bukan kerana suka-suka ikut nafsu tetapi aku niat ikhlas nak ambil dia sebagai isteri aku kerana Allah.Tetapi di sebabkan aku belum ada sumber kewangan lagi ..dan si dia masih belajar ,maka aku tangguhkan dahulu kejap .Tetapi aku dah terasa keberkatannya ...hidup aku lebih teratur ..jiwa aku semakin mantap ,pandangan aku semakin tunduk( wanita-wanita bukan muhrim)..langkah dan fokus kerjaya aku semakin jelas dan terarah .Itu belum kahwin lagi tuh ..dan aku harap mudah2an keberkatan itu melimpah ruah dunia akhirat .amin.

Perjalanan aku ke JB .....bersambung

*Tahniah buat bakal pengantin bro rudy dan kak Insyirah .Semoga bahagia dan diberkati dunia akhirat .Maklumat -> majlis perkahwinan rudy bluehikari & Insyirah