Wednesday, December 15, 2004

Aduhai...

Bismillah

Aku terbaca satu pandangan brutal seorang blogger ..aku tertarik sebab banyak point2 dia ..aku setuju jugak...ingin aku kongsi bersama kawan-kawan

Aku biasanya jarang bercakap politik sebab aku tak berapa suka politik .Aku suka berkawan dengan sesiapa sahaja tidak mengira fahaman politik.Tapi aku dah tak dapat bersabar dengan kerajaan pimpinan Pak Lah sekarang..

pak Lah selalu mengatakan berkerjalah dengan saya tapi tindakannya(atau kerajaannya) sekarang songsang dan menjadi Bekerjalah untuk saya..
Beberapa perkara yang aku geram giler !!!!!!

1. Pelbagai masalah peringkat pembinaan jalanraya dan lain2(samy vellu).Ini disebabkan kontrak diberi kepada orang yang tidak layak dan mungkin diberi berasaskan rasuah.Sekarang nih rasuah berleluasa kerana diamalkan oleh pihak atasan negara.Ini fenomena biasa dan fitrah. Rakyat akan mengikut perangai pemimpinnya.Banyak polis rasuah,bomba rasuah ,pejabat tanah rasuah ,pejabat lesen perniagaan rasuah ,kastam rasuah dll...adus tensen.

2. Harga minyak dinaikkan.Bila harga minyak naik ,malaysia terpaksa menaikkan harga minyak dengan alasan kerajaan tak mampu lagi memberi subsidi.Cuba mengelabui mata rakyat dengan menagtakan bahawa kerajaan walaupun naikkan harga terpaksa memberi lebih subsidi.
Alahai kita kan negara minyak.Petronas melaporkan beroleh berpuluh berbillion hasil daripada peningkatan harga minyak.Kemana perginya duit ini.Bukankah petronas syarikat negara bukannya individu.Di waktu inilah kita membuktikan bahawa kerajaan berkorban untuk rakyat .Dulu masa ekonomi jatuh kerajaan guna RM60 bilion duit petronas dll untuk membail-out syarikat2 besar individu2 kroni,tak kisah aa..mungkin ada baiknya daripada membiarkan mati teruk pulak ekonomi kita.Disinilah pulak kerajaan perlu memainkan peranannya .Bukan untuk selamanya ..harga minyak akan berubah jugak nanti.Bila harga minyak turun ,tak pulak diturunkan harganya.(selalunya lah for sure aa..).Selalunya cakap2 bodoh seperti 'harga minyak kita antara yang paling murah!'Adusss senangnya rakyat malaysia diperbodohkan .Memang murah tapi bandingkanlah pendapatan kita/taraf hidup malaysia ..jauh beza..bengong giler! Langkah bodoh giler untuk meredakan keresahan mata rakyat lagi dengan menurunkan harga air mineral. Kepala hotak ! siapa sangat yang dok minum air mineral. Rakyat kebanyakkannya hanya minum air paip yang dimasak.Begitulah tahap rakyat..miskin .Macammana nih Pak Lah? bekerja dengan saya?

3. Harga lebuhraya PLUS dinaikkan lagi!!!Berapa banyak keuntungan yang hang nak ambik!!! langgar konsesi perjanjian lah ..Tapi keuntungan hang melebihi daripada konsesi tak pulak sebut!!! alahai ..orang lain berniaga ada rugi ada untung..tp hampa berniaga dijamin untung ,kalau rugi akan di bail out oleh kerajaan dengan duit rakyat .Bodohnya kita rakyat malaysia ...termasuk kita .Pak Lah wahai Pak Lah buatlah tindakan sikit.Bukan ker imej hang bersih ?
AKu bengang!!! Pak Lah and the geng (syarikat penyumbang PLUS HIGHWAY ..petronas dll) keluarga diaorang kaya dan mungkin tak payah bayar segala perkhidmatan yang dinaikkan sebab VVIP .Tapi rakyat marhaen ini yang terpaksa menanggung!!.. aku kalau buat tak kisah pun takper..aku pun kaya gak tak effect sangat ,,tapi fikir lahhh rakyat yang miskin dan berkeluarga ..mereka ditekan ..bila mereka memberontak(merompak dan meragut ker atau lain2) mereka ditangkap ditahan dibunuh..walaupun patut ler...

4. Ubat-ubatan akan tidak diberikan percuma lagi di hospital kerajaan!!!!Hospital kita akan diswastakan .Kewajipan kerajaan untuk menjaga kesihatan rakyat dilepaskan sebab banyak duit terpaksa dibelanjakan untuk tujuan itu..tak leh nak songlap ...rugi!!hampeh

5. PTPTN nak kena bayar 2 bulan selepas habis belajar(mak bapak kena bayar!!).Hanya ditarik balik kenyataan setelah orang ramai piss off !! .Kalau orang malaysia buat tak tau..kena terus aaa..bodohnya rakyat malaysia ..termasuk aku.

6. Rancangan-rancangan yg merosakkan generasi seperti sure heboh ,Akademi fantasia dll dibenarkan kerana keuntungan .Mana 'serban' imej Pak Lah yang dikatakan bersih dulu. Kempen kebaya nyonya (seksi wooo pheee weet!!! baguslah datin seri endon)Aku tak sanggup tengok anak2 perempuan malaysia mendedahkan aurat2 mereka dan meletakkan kemulian mereka di tapak kaki..dan akhirnya menjadi objeks seks kaum lelaki.Aku mempertahankan wanita walaupun aku seorang lelaki!!.Sebab ibu ,kakak ,adik aku pun perempuan..ustaz Pirdaus UMNO pun dah tegur dalam perhimpunan UMNO ..Adakah ini semua ISLAM HADHARI?

7..dll banyak lagi!!!

Pandangan Aku lah kesihatan ,pendidikan dan keselamatan adalah keutamaan kerajaan dan perlu dijaga betul2! bukannya diswastakan .Selalunya kerajaan akan memberikan alasan perkhidmatan kurang baik ,tak efisien dll buruk..(kekadang memang betui jugak)
tp bukanlah alasan untuk diswastakan.Perlu diletakkan pegawai/ketua yang baik di tempat itu untuk menguruskannya ..insyaAllah OK..masalahnya ketua pun dipilih berdasarkan bodekan ..macammana?

Kesimpulan aku inilah balasan kepada orang ramai kerana memberi undi majoriti besar kepada Pak Lah and the geng..rasakan!!! aku pun kena jugak ..itu yang masalahnya!!!!Kalau geng diaorang jer tak per aaa..hampeh!!

Mana slogan bekerja untuk saya PAK LAh oiiii. Kami nih rakyat hang ker ..hamba hang?

Sudah aa malaih aku nak peningkan kepala!! ..aku dah lapar nak pi makan..budget makan pun dah naik sebab restoran cakap kena naikkan harga makanan kerana harga minyak naik .Yang tak berubah bagi rakyat ialah gaji tetap sama tapi semua yang lain dah naik.Emm nasib badan ..padan muda kita sebab sokong depa..terimalah balasannya..


Aku pun lapar..nak pi makan ..hehe