Tuesday, July 20, 2004

kembali dari KL kota metropolitan

Bismillah,
 
Alhamdulillah aku baru kembali daripada bandaraya KL ,semalam. 2 hari 2 malam aku habiskan masa ,untuk menyelesaikan beberapa urusan , menziarahi saudara-mara dan melihat khabar  si DIA . 2 hari ini bagaikan memberikan aku suatu kekuatan ,semangat dan penyelesaian beberapa perkara yang aku hadapi .
 
Urusan aku di MARA ,alhamdulillah sudah selesai cumanya berada di tahap terakhir . Untaian ukhuwwah yang sudah lama tidak diteguh kembali digilap .Alhamdulillah .
 
Dan pertemuan dengan si dia ...rindu yang terubat ,kasih kian bertambah.Pertemuan singkat diiringi dengan sedikit tangisan hiba dari si dia ketika perpisahan hampir mengikat kakiku di kota ini tapi kaki ini harus melangkah walau bagaimana pilunya hati ini... jangan silap faham ...batasnya masih aku pelihara kerana cinta ini aku bina atas cinta ILAHI. Maka garisnya telah aku tetapkan pada haq-NYA .
 
Di kala aku berjalan di Kuala Lumpur ,atau lebih khususnya ketika berada berhampiran dengan MAJU JUNCTION ,aku mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.Emm mungkin kenalanku agaknya ,desis hati . "hello ...siapa nih" ..orang disana menjawap "hello syeikh yer ..nida nih ..jalan-jalan KL yer " .
 
Nida si madu lebah .Ekk macammana kawanku sorang nih boleh tahu aku dekat KL ? adakah kehebatannya ilmunya sudah sampai tahap sang ratu lebah mengesan anak buahnya .hehe .
"alaaa ..nampak syeikh berjalan kat depan maju junction tuh aaa ,office nida dah pindah sini laa"
 
Aku terharu ,kerana masih ada yang mampu menghulurkan sapaan buat diri ini ,walaupun mungkin pada kiraan ku aku masih asing .Saling bertanya khabar dan panjang lagi ...nak tahu tanyalah cik nida ..hehe .Thanx nida yer ..nanti kalau ada rezeqi boleh berjumpa lagi .