Thursday, June 03, 2004

kengkawan ..mari kita belajar !

Bismillah,

Mukaddimah

Aku teringat dialog diantara ayah dan anak di dalam sebuah drama swasta...

" Mat,belajarlah rajin-rajin ...belajar memang susah ..tp sabar kejap jer lepas Universiti ..tak payah susah-susah belajar dah .... "

Ketika itu aku hanya mengiakan dan membenarkan kata-kata itu kerana ia merupakan proses kehidupan yang biasa/berlaku di dalam masyarakat kita .Pendidikan dan pembelajaran untuk orang biasa ditafsirkan sebagai pendidikan tadika->sekolah rendah->sekolah menengah-> universiti(undergraduate) . Jika yang menyambung pelajarannya ke peringkat master atau PHD hanyalah mereka yang bercita-cita untuk menjadi pensyarah atau nama glamournya 'lecturer'->professor . Maka kita sendiri belajar hanya untuk memenuhi peraturan kehidupan ketika itu dan kini.

Pembelajaran atau pendidikan seharusnya dilihat sebagai satu proses yang berterusan sepanjang kehidupan .Samada pendidikan itu beriktiraf(mempunyai sijil pengesahan) atau tidak(unformal->pembacaan,memerhati,belajar dari orang dan lain-lain) ,selagi mana kita mempunyai hayat di dunia ini maka kita hendaklah pastikan bahawa proses ini berjalan. Bahkan jika kita mengetahui bahawa kiamat akan berlaku esok pun kita mestilah berusha untuk belajar .Sehebat-hebat manusia ,tidak akan habis menuntut ilmu .Sebagaimana kata-kata imam as-Syafie

" semakin aku belajar dan mengetahui sesuatu ,aku merasakan bahawa semakin banyak lagi aku tidak mengetahuinya "

Itu seorang ulamak agung yang tidak terhingga ilmunya masih dahagakan ilmu ,inikan pula kita yang pastinya teramat cetek pengetahuan.Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:-

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2] Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
[5] Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya

surah al-alaq (1-5)

Di dalam wahyu Allah ini .Penekanan terhadap menuntut ilmu amat-amat ditekankan .Dan dijelaskan di dalam menuntut ilmu dua proses pembelajaran memang tidak dapat dipisahkan (kecuali ilmu kasyaf anugerah ilahi) iaitu membaca dan menulis.Pesan Imam as-syafie supaya setelah mempelajari ilmu hendaklah kita menulisnya kerna katanya tulisan itu umpama tali yang mengekang binatang buruan(ilmu) .

ISI-ISI TAJUK YANG INGIN DISAMPAIKAN

Aku bukan bermaksud untuk berceloteh tentang kepentingan ilmu secara umum ,apa yang ingin aku sampaikan ialah kepentingan menuntut ilmu 'blogging' ,penulisan ,cara pendekatan yang baik dan lain-lain yang mampu kita belajar daripada teman-teman blogger yang lain .

Kita mungkin berblogger untuk diri kita atau untuk apa sahaja motif tetapi apakah salahnya di samping itu jika turut menuntut ilmu memperbaiki cara kita berblogger ..paling tidak pun untuk kepuasan hati kita.

Peringatan buatku dan kawan-kawan jika kita ingin menuntut ilmu ,hendaklah kita meletakkan perasaan 'humble' di dalam jiwa supaya kita dapat mencangkir sebanyak mungkin ilmu walaupun sehebat mana pun kita.Jika tidak ,masakan air dari 'jug' mampu dituangkan dan mengalir ke atas jika kita meletakkan cangkir lebih atas dari sumbernya .

Di sepanjang aku membaca dan mengikuti perkembangan dunia blogger ini aku dapat memerhatikan bahawa banyak motif dan tujuan mereka ber'blogging' .Antaranya meluahkan perasaan, idea ,catatan kehidupan ,pendapat .Ada yang menggunakan teratak blog mereka sebagai satu himpunan karya kreatif mereka samada berbentuk seni puisi ,penulisan cerpen/novel kreatif , multimedia dan sebagainya .

Aku percaya di luar sana memang terdapat ramai yang berbakat dan baik di dalam menjana dan menghias blog . Tetapi disini aku ingin mengajak sahabat-sahabat menganalisa 3/4 blog pada pandangan aku agak baik dari pelbagai aspek.

1. Bro D'arkampo - life is fairy tale
hampir lengkap the whole package - gaya penulisan yang menyentuh dan tertarik ,kata-kata yang betul ,perkataan imbasan/cermin yang baik ,humor best dan tidak over sehingga mengaburi motif/suasana yang ingin disampaikan.Penulisan yang mampu menarik pembaca untuk membaca tanpa 'skip' perkataan atau ayat /perenggan untuk sampai kepada maksud penulis. (pernahkan ! kekadang itu kita baca sesuatu penulisan yang panjang ->so kita skip sebab panjang sangat apa yang ditulisnya, dan ingin cepat pada tujuan sang penulis).Bermakna setiap kata-katanya terasa amat rugi untuk di'skip'.

cth :
-entry terbaru ( down in the memory lane) - penyampaian kisah sedih dan touching berjya diselangselikan dengan humor tp tidak menenggelamkan aspek cerita sedih tersebut.
-entry samarinda the soap opera - penulisan kreatif yang baik ,menarik dan tertarik (tipah turut berlakon!! ekekekegeju).

2. Mak andeh- really touching the heart !!
penulisan mak andeh memang menyentuh jiwa .Setiap perkataan yang tertaip begitu menggambarkan jiwanya .Sesiapa yang ingin menyelami dan mempelajari teknik sentuhan jiwa .sila datang ke sini ..hhehe

3. Noor suraya -jika anda telah membaca novel 'Tanah andriyana', 'Biru ungu cinta' dan 'keranamu ain' . Anda patut berkunjung kesini kerana ini adalah blog penulis novel tersebut. Kak noor suraya menggabungkan penulisan novel dewasa kreatif dengan puisi ,pantun ,madah-madah lama dan baru yang begitu memberi kesan kepada pembacanya .


     


4. Anis -relevankah aku di hatimu
penulis yang kini belajar dan menetap di jepun telah menggunakan teratak maya(blog)nya untuk melahirkan karya penulisan novel remaja kreatif .

5. Kulat - mencari identiti
penulisan alternatif/bersahaja/grunge tetapi berisi dan agak panass!! (sesiapa yang tak tahan panas dan pedas jangan pergi kesini ..hehe) .

Web laman di atas hanya berdasarkan gaya penulisan .Dari segi penampilan dan hiasan blog aku tak mampu menilai lagi. Aku serahkan kepada yang lebih mengetahui ..aku hanya insan lemah dan daif.

WaAllahuaqlam..

Bimbang

Bismillah,

Sesiapa yang tidak dapat mengatasi kebimbangan
akan mati dalam usia yang muda

-Dr Alexis Carrel

Tuesday, June 01, 2004

Gathering Geju Wilayah Selatan 2

Bismillah,

Setelah menunggu beberapa ketika ,tetamu VVIP yang lain pun muncul dan memenuhi korum.Kitaorang mengambil keputusan mengubah tempat makan daripada di luar ke dalam restoran kerana dalam restoran lebih sejuk kerana ada airconditoner.Kemudian sessi bersembang dan kenal-mengenal pun bermula.Tetapi sessi pada kali ini agak sepi kerana tetamu yang sepatutnya meng'havoc'kan majlis seperti mat jan,poad di dalam keletihan sisa-sisa jauh berjalan ke selatan.rafthah pun masih terkesan dengan sakit belakangnya(klu ikut dalam weblognya ...hehe patutlah kurang bercakap). Kebanyakan yang datang berada dalam keadaan yang kurang menyenangkan menyebabkan masing2 memilih untuk kurang bercakap.

senyum kambing


Menyedari kerana kurangnya mood ,aku terpaksa bertindak memeriahkan majlis .Aku teringatkan nasihat professor Fuji(supervisor research) aku ketika meyuruhnya aku memberi speech didalam bahasa jepun di hadapan member-member aku .Di kala itu aku tak bersedia apa-apa .Lalu dia menyisipkan kata-kata hikmat yang baik...sehingga sekarang aku ingat dan cuba praktikkan apabila perlu.

Katanya " Hafiz ,ada kalanya kita perlu bertindak/membuat keputusan di dalam masa yang teramat singkat dan dalam keadaan yang tidak bersedia ,maka lakukanlah dengan sebaik mungkin ,jangan mengalah ,mungkin hasilnya lebih baik! "

Aku bukannya jenis yang meng'havoc'kan majlis ..aku lebih suka mengikut majlis ..hehe tetapi kekadang tuh kita perlu menjadi sesuatu/bertindak sesuatu yang biasanya tidak lazim kita buat . Aku cuba mengajukan pertanyaan dan bersenda gurau dengan semua yang hadir. Tetamu2 dari utara/tengah aku bertanyakan perjalanan diaorang dan sebagainya diselang-selikan dengan cerita aku ketika balik dari JB . Ayue ...wakil kaum hawa yang agak diam ,aku cuba mengusik dengan soalan2 yang berkaitan dengan kandungan penulisannya di dalam weblognya ..sebab aku tak tahu nak tanya apa..so aku tanya jer lah apa-apa yang berkaitan ..kebetulan baru baca weblognya hari jumaat ari tuh(ayue ..tensen sebab aku sebut balik apa yang ditulis di dalam weblognya..hehe..sorry ayue aku tak tahu nak tanya aper ..itu jer aku tahu ,...menyakat budak2 memang bidang kepakaran aku..kikih).

Rafthah aku tak berani tegur hehe sebab nampak garang aaa..lagipun aku
tak kenal lagi .Cumanya dalam hati aku berkata ..nanti aku nak ucapkan terima kasih kerana memberi komen di dalam weblog aku .Rafthah banyak jugak memberi komentar di dalam weblog aku..hehe .Lepas tuh aku layan sembang dengan purbe sebab satu geng geju utara ..kebetulan dia duduk dekat dengan tempat aku .

Alhamdulillah aku rasa oklah jugak ..di pertengahan majlis baru masing-masing bersuara ..poad ,matjan, tok rimau mula memainkan peranan ,Kak tin meng'handle' wanita-wanita besi yang di hujung meja sana .Mungkin masing-masing sudah tidak kekok agaknya.
wanita2 besi geju selatan

Airiz ada memohon maaf daripada aku sebab sanggup bersusah payah turun ke Jb tetapi majlisnya kecil jer. Airiz sahabatku ,pada pandangan aku yang daif ini ,bilangan yang kecil didalam sesuatu majlis bukanlah satu ukuran ,yang pentingnya bagaimana berkualitinya majlis itu ,apakah misinya tercapai ! . Bagi aku majlis sekecil itu tetap baik dan berjaya kerana berjaya menemukan dan mengikat tali silaturrahim diantara blogger-blogger selatan ..walaupun sedikit sahaja ..tapi cukuplah untuk membina ikatan ukhuwwah yang baik. Mana tahu daripada majlis yang kecil ini akan terbina satu untaian ukhuwwah yang besar.Terima kasih airiz ,usahamu tidak sia-sia .Mudah-mudahan Allah membalasnya .

Kemudian tibalah masa untuk aktiviti yang ditunggu2 makan! hehe . Poad tanya " kami nak order sesuatu yang hanya ada dekat johor jer tp takder dekat tempat lain " ..ekk aku terdiam ..berfikir dan menyemak menu ..macammana yer ..setahu aku semua menunya boleh di dapati di tempat lain. Masakan goreng , lauk pauk ker, seafood ,western food ..emm macammana nih nak memenuhi hajat kawan yang datang dari jauh nih. Sorry bro.. hehe kalau itu tujuannnya rasanya kita telah tersilap memilih tempat ..kihkih . Akhirnya poad pesan jer apa yang ada di dalam menu tuh . Aku pulak tak tahu nak makan apa. Aku cuma mengekor tok rimau. Dan memang itu makanan kegemaranku nasi goreng daging masak merah dan tambahan telur dadar!.(patutlah badan tak slim-slim..kuang kuang kuang)
makan!!

Masa berlalu dengan laju dan singkat . Setelah selesai makan tok rimau dengan pantasnya mengambil resit dan pergi ke kaunter untuk membayar dengan kad kreditnya .Visa beb! hehe. tok rimau nak belanja tapi bagi aku tak manislah kalau selalu tok rimau kena belanja duit dia . Kami segera mengeluarkan duit dan memberinya kepada tok rimau .Mulanya tok rimau menolak tp setelah kami mendesak gak dia terima ler. Aku faham tok rimau ikhlas untuk belanja kami(tok rimau yang berhati besar tetapi berkuku besi ..kihkih) , tetapi nanti kesannya teruk jugak ,sebab nanti nak keluar selalu dengan tok rimau rasa segan la pulak sebab asyik kena belanja jer..hehe.Lagipun duit nih jangan buat main-main . Sekali api terpercik disebabkan duit ,dendamnya panjang..(pergh berfalsafah pulak!hampeh).


Kemudiannya masing-masing bersalaman dan kembali ke tempat masing-masing .Poad, matjan, purbe mengambil kesempatan selepas itu bergambar di Danga Bay..kawasan restoran ,persiaran ditepi pantai yang hanya bersebelahan dengan Restoran singgah selalu.Aku ,ayares ,ayue hanya menemankan mereka sang tetamu. Kemudian masing2 berpisah.
makan!!

Alhamdulllah ..hari itu hubungan ukhuwwahku bertambah ..mudah-mudahan ia membawa keberkatan untuk diriku dan dirimu kawanku.

The End

p/s : sedutan episode seterusnya..hehe
perjalanan ke KL ,aku dan makanan jepun ,MARA ooohh MARA ,pesta buku ,senyuman mesra abrar dan sang madu lebah serta banyak lagi.. jangan tukar channel mana-mana..muahahaha

internet kat UTM masih kong! sesiapa yang terror network tolong ler betulkan yer..:)


Sunday, May 30, 2004

Gathering Geju Wilayah Selatan 1

Bismillah,

Hari ini bertambah lagi memori dan kenangan aku bersama geng jurnal .Hari ini dalam sejarah aku telah menyertai buat pertama kalinya perjumpaan blogger-blogger wilayah selatan yang kebanyakkannya aku belum pernah jumpa. Aku sebenarnya letih giler pagi tadik sebab baru balik dari KL .

Aku sampai dalam pukul 4:30 pagi tetapi malangnya ..hehe aku tertidur dan tak sedar diri sehinggalah aku sampai di stesyen bas larkin .Aku sepatutnya turun di Skudai dan diambil oleh member aku dengan motor. Tetapi memandangkan aku dah terlajak ke larkin terpaksalah aku tunggu sehingga pukul 5:45 pagi sehingga ada bas awal yang beroperasi ke skudai. Aku selalunya jarang tidur di dalam bas ,kalau tertidur pun sekejap jer .Tp memandangkan aku kena bangun awal dan pergi gathering geju sebelum pukul 11 maka aku mengambil secukupnya waktu tidur ketika diatas bas tersebut supaya aku tak mengantuk giler masa gathering tuh aaa ,dan memang misi aku itu telah berjaya ..kihkih. Sampai bilik dalam pukul 6:45 ..solat subuh then terus pengsankan diri lagi sambil berdoa agar aku tak terlajak terus lepas pukul 11 pagi hehe.

Lepas dah pengsankan diri buat kali kedua , aku bangun mandi bersiap then terus pergi restoran singgah selalu yang akan menjadi saksi pertemuan geng jurnal wilayah selatan.
Sampai sana dalam pukul 10:57 pagi ..hehe aku sekali lagi memang terror datang tepat pada waktunya . Bersemangat giler aku dengan jantung dub dab dub dab ..yerlah ada geju selatan yang aku tak pernah jumpa .Tetapi bila aku masuk dan mencari di dalam restoran singgah selalu...takder lagi geju yang datang .Aku check balik betul ker restoran nih ..kang silap tempat naya jer aku ..hehe .

Emm confirm! betul tempatnya tapi mana perginya geju selatan ! ada ker tak der?! .Then aku pun duduk lepak2 sambil menunggu geju . Tiba-tiba ada keta merah lalu depan aku dan pemandunya tersenyum kat aku, aikkk siapa mamat nih ..macam kenal ..kat mana yer ?? ohohoho airiz..pengarah gathering geju wilayah selatan.Alhamdulillah aku tak tersilap tempat ..hehe .Kemudian disusuli ayares dengan motor jaguh ..power ..cool!hehe .

Airiz datang dengan name tag perjumpaan !! perghh giler best ..aku terus dengan tak malunya mintak satu dari airiz sebab dia buat tak banyak ,nanti kalau aku mintak lambat kempunan tahap dewa aku nanti..kihkih . Aku tanya berapa nih nak bayar..kesian ler pulak airiz bila dia mengeluarkkan duit sendiri untuk buat name tag . Bersungguh2 dan bersemangat betul ! Tapi airiz cakap tak payah itu merupakan sumbangan dia untuk geng jurnal. Perghh! aku terharu lagi.

airiz and ayares


Kami duduk sembang-sembang sambil menunggu ketibaan VVIP tok rimau ,kak tin,rafthah,ayu dan geju utara/tengah yang sesat datang jugak untuk gahering ini ..hehe ..mat jan ,purbe ,poad manmoncang.

Hari jumaat tuh tok rimau ada message aku ..
Perbualan sms aku dengan tok rimau:-

tok rimau " syeikh ,hari ahad nih ada gathering zon selatan ..datang ler"
aku : siapa yang datang,tok ?
tok rimau : airiz ,ayue ,mat jan ,purbe ,poad etc..
aku : aikk mat jan purbe tuh geju utara ..macammana boleh tersesat nih ..hehe tp tak tahu lagi tok ,sebab malam nih nak gi KL .
tok rimau : alaa ko tangguhkanlah dulu.. kita pergi gahtering wetland laa nanti(gathering geju yang akan dibuat..dan tok ingat aku gi KL semata-mata kerana gathering geju kat MALL )
aku: terima kasih tok diatas keperihatinan dan hasutan jahat tok itu ..kihkih hati saya kebal dek hasutan ..hehe ..jangan mare tok ..gurau jer..Ada hal sikit kat MARA kena turun KL gak .Kalau sempat saya pergi aaa ..

bersambung ...

p/s internet kat UTM kong!! so aku kena gi cc edit .