Friday, December 08, 2006

Air mata ini mengalir mendengar kisah Mu Ya Rasulullah

Bismillah,

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinyaselalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku,jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itutukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakanmakanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkanmakanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidakmengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAWmelakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakanmakanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabatterdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknyaAisyahRA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliaubertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaankekasihku yang belum aku kerjakan?".Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah danhampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satusaja"."Apakah Itu?", tanya Abubakar RA."Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakanmakanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana ", kata AisyahRA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untukdiberikan kepada pengemis itu.Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,"Siapakah kamu?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangiengkau).""Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemisbutaitu."Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susahmulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikanpadaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkatakepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Akuadalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Iaadalah Muhammad Rasulullah SAW".Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan AbubakarRA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalumenghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, iamendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RAsaat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq RasulullahSAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalahahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus > persen, alangkahbaiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apayang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintaiRasulullahmu...Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkanhasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Andadapat hasanah
3. bagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. A jarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapathasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindungdibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Bagikan pesanan dan cerita teladan ini kepada orang lain.

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.aminnnnnn...

Awal pagi

Bismillah,

Firman Allah yang bermaksud:

"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha. (QS. Al-Furqaan, 25: 47)"

Hari ini aku bangun awal pagi, ku ambil wudhuk dan bersolat jemaah subuh dengan isteriku. Aku lanjutkan dengan zikir mathurat dan doa. Suatu kebiasaan yang sudah lama tidak ku amalkan, lebih-lebih lagi di perantauan ini yang waktu subuhnya agak awal. Selalunya aku akan menyambung terus tidur setelah solat. Aku cuba berazam agar amalan ini istiqamah dalam diri.

Kebelakangan ini aku rasakan, walaupun aku tidur semula setalah subuh, masa tidur aku seperti di'reset' bukannya seperti aku tidur dari malam sambung ke selepas subuh. Aku tidak berasa segar walaupun telah tidur lama. Jiwa tak tenang. Oleh itu, aku cuba amalkan bangun terus setelah subuh, kemudian mungkin tidur sekejap selepas waktu dhuha mungkin.

Aku terus bersiap untuk ke lab, tempat belajar aku sekarang. Kalau nak tidur pun,biar tidur di lab..lagi bagus , desis hatiku.

Doa Nabi Sulaiman adalah tauladan yang baik bagi orang-orang yang beriman:

" Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh (QS. An-Naml, 27 : 19)"

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Thursday, December 07, 2006

Alahai si jahil

Bismillah,

Hati bergetar marah, jiwa dan darah kepanasan kerana Allah,
Mendengar sang jahil berkata-kata.

Itulah reaksi aku mula-mula, apabila membaca petikan berita di bawah. Pada dasarnya jika sesebuah
badan kerajaan ingin menguatkuasakan sesuatu yang murni seperti larangan berpakaian seksi,
sepatutnya kita yang mengaku Islam menyokongnya. Ya, mengikut Islam, adalah dilarang untuk mendedahkan aurat, tetapi jika pada logiknya seorang Ayah yang baik, tidak mungkin mahu anak perempuannya berpakaian seksi dan lucah, Seorang Suami takkan mungkin mahu, isterinya seakan2 bertelanjang di luar rumah dan bahkan seorang ibu tidak akan membenarkan anaknya terdedah dengan ancaman lelaki buas dan jahat dengan berpakaian jarang dan seksi.
Jika ditanyakan pada Cina apek, India Sami juga bersetuju dengan pandangan tersebut.

Tetapi malangnya, yang menentangnya seorang muslimah bergelar Doktor. Alangkah malu dan hinanya terasa. Hanya berlandaskan alasan hak asasi wanita yang rapuh. Siapakah yang menentukan hak asasi wanita ini. Masyarakat? pemimpin? Jika masyarakat mahu wanita dibenarkan bertelanjang di luar rumah ,adakah ia dibenarkan. Ia mungkin terjadi, bahkan perangai seperti homeseksual dahulunya dilaknat kini diperakui di benua amerika dan eropah. Biarlah hak asasi wanita ini ditentukan oleh agama Islam kita yang agung, sekurang-sekurangnya buat mereka yang bergelar muslim.

Bukankah ini adalah untuk menjaga status dan kemulian diri wanita. Sejarah membuktikan jika tiada had dan peraturan, wanita akan diperdagangkan sebagai barang dagangan seks, kedudukannya lebih rendah dari status manusia dan dianggap sebagai pembawa bencana/malang. Jangan melenting marah, rujuk pada sejarah kerajaan Rom, Parsi dan Arab jahiliyyah sebelum kedatangan Islam.

Yang SESAT gelak berdekah-dekah, seronok kerana mereka sendiri tidak perlu bertindak, sang pengikut telah mendahului.

Mungkin mereka jahil dan tidak tahu. WaAllahuqlam

Petikan dari Utusan Malaysia 7 Disember 2006

Denda pakaian seksi ganggu hak wanita

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai mengganggu hak asasi kaum wanita.
Pengerusinya, Dr. Rozaidah Talib berkata, pakaian merupakan hak individu dan pihak berkuasa tempatan tidak berhak mencampuri atau menentukan fesyen pakaian individu.
‘‘Banyak lagi benda lain tentang wanita yang boleh mereka bantu tetapi sekarang bukan mereka membantu malah menyusahkan lagi wanita.
‘‘Tafsiran pakaian menjolok mata adalah berbeza bagi setiap orang jadi bagaimana MPKB hendak menentukan wanita mana yang berpakaian seksi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, langkah MPKB itu juga seperti mahu meletak semua kesalahan salah laku termasuk sekiranya berlakunya kes rogol, berpunca daripada wanita.
Akhbar tempatan semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak akan bertolak ansur lagi dengan para pekerja restoran dan pasar raya yang berpakaian menjolok mata dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500.
Menurut Rozaidah, MPKB mempunyai hak bagi menguatkuasakan undang-undang kecil itu tetapi mereka perlu mengambil kira hak individu.
‘‘Kenapa perlu menguatkuasakan undang-undang yang menimbulkan konflik. Mereka ada kuasa, lebih baik buat yang berfaedah kepada semua rakyat Kelantan,” katanya.