Tuesday, January 04, 2005

Tsunami....macam-macam..sedih/kesian/kianat

Bismillah ...

Bagaikan bermimpi atau membaca kisah sejarah masa lalu..umat-umat sebelum nabi Muhammad saw ,dimusnahkan oleh bencana alam izin Tuhan..tetapi ia adalah satu realiti yang berlaku 1 minggu yang lepas.Gegaran 9.0 pada skala richter yang mengakibatkan tsunami maut itu ,disangkakan hanya mengorbankan hanya puluhan orang(2 hari selepas bencana kerana acheh terputus hubungan langsung selama itu) berdasarkan pengalaman semasa ,kini dianggarkan mengorbankan 100,000 orang dan mungkin mencapai 200,000 orang .

Aku tidak ingin mengulas 'detail' mengenai bencana tersebut ,aku pasti pembaca semua tentu sudah membaca di dalam akhbar-akhbar dan internet.Aku tertarik untuk memperkatakan beberapa perkara yang agak menyentuh menyayat hati dan meninggalkan segulung keinsafan.

'SubnaAllah Allahu Akhbar' begitulah cetusan hati apabila melihat bagaimana masjid-masjid di banda Acheh masih berdiri gagah ,sedangkan di sekeliling nya padang jarak padang terkukur.Kekuasaan Allah lah yang memberi peringatan pada yang masih Hidup dan memelihara rumah Nya di muka bumi.Rujuk gambar di bawah..diambil daripada utusan online.Mungkin ada berkata struktur masjid dibina kuat,oleh itu ia tidak roboh.Kenyataan itu disangkal apabila ada masjid yang dibina daripada kayu tetap berdiri utuh di bumi acheh walaupun sekelingnya ranap meyembah bumi.

Allahu Akhbar


Juga lihatlah gambar satelit ,menunjukkan bagaimana hebatnya tsunami yang terhasil daripada gemparan tersebut .Banda Acheh juga hampir-hampir luput daripada peta dunia.SubhanaAllah.Gambar diambil daripada internet.

Allahu Akhbar


Acheh adalah satu tempat yang dikenali sebagai serambi mekah dan penduduknya masih mengamalkan islam secara baik dan sebahagian kawasannya menjalankan hukum syariah islam,walaupun begitu Allah tetap mengizinkan gempa di buminya itu.Daripada riwayat nabi juga ada mengisahkan, salah satu doa nabi yang diterima Allah ialah Allah akan tidak akan menurunkan azab bencana besar seperti yang berlaku pada zaman-zaman umat dahulu.

Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmah dan peringatan daripada Allah .Imbas kembali kisah nabi Musa dan Nabi Khidir, bagaimana nabi khidir merosakkan perahu orang susah,walaupun dibantah keras oleh nabi Musa tetapi sesungguhnya nabi Khidir tahu akan hikmah beliau melakukan bagitu dengan izin Allah untuk melindungi orang susah itu sendiri daripada perahu dirampas oleh penguasa yang zalim.Allahu Akhbar!.Allah Maha Mengetahui.

Tetapi!! disebalik kesedihan dan bencana berlaku ,ada segolongan manusia yang tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut ,malah lebih rakus mengambil kesempatan/kianat terhadap kejadian yang menimpa.Celaka sungguh! manusia-manusia ini.Begitulah manusia apabila tidak mengikut ajaran agama dan adat ,maka jadilah mereka seperti binatang malah lebih hina daripada anjing dan babi!!.

Dilaporkan oleh harian metro hari ini(4 januari 2005) ,di acheh ,bayi-bayi dan kanak-kanak yang menjadi yatim akibat bencana ini diculik untuk dijual,dijadikan pelacur dan ada yang dibunuh untuk mendapatkan organ dalaman untuk dijual .



Mereka ini sudah hilang kemanusian di dalam diri mereka .Nilai-nilai materialistik dan nafsu menguasai diri mereka .Maka layaklah cacian dan kehinaan dilemparkan kepada mereka.

Tidak kurang juga di Malaysia ,dilaporkan ada manusia-manusia yang mengambil kesempatan di tempat-tempat pengagihan bantuan tsunami ,dengan mengaku sebagai mangsa tsunami dan mengambil bantuan tanpa dihalang. Jika tujuan mereka adalah untuk mengaut keuntungan untuk dijual maka amat hinalah mereka .Tetapi jika mereka benar-benar miskin tetapi terpaksa berbohong untuk mengatasi kefakiran mereka..mungkin itu satu pengecualian.Wa Allahu aqlam bisowab.