Saturday, September 25, 2004

Maskahwin/mahar yang ringan

Bismillah ,

bersambung daripada minggu lepas .Berkaitan dengan maskahwin/perbelanjaan kahwin yang mahal dan menyulitkan.

Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan ,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya".
(Hadis diketengahkan oleh Ibnu Hibban di dalam 'shahih'nya).

Semua ketentuan syarat islam ditetapkan atas dasar keringanan dan kemudahan ,tidak memberatkan dan tidak berbelit-belit.Perkahwinan tidak lain adalah perlaksanaan sunnah azali dan perlaksanaan kewajipan robbani.Kerana itu memasukkan hal-hal yang memberatkan dan yang berlebihan ke dalam mas kahwin /belanja kahwin/hantaran perkahwinan atau lainnya ,merupakan perbuatan yang menyimpang dari ketentuan agama .

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Allah sama sekali tidak mewajibkan hal-hal yang berat atas kamu dalam hal agama".
(surah al-Haj:78)

Masyarakat kita hari ini ,semakin hari semakin memberatkan dan meyulitkan perkahwinan dengan meletakkan hantaran perkahwinan atas wanita yang tinggi. Jika ditakdirkan wanita tersebut mempunyai kelayakakan ijazah tinggi ,maka lagi tinggilah belanjanya . Bagi keluarga dan mungkin wanita itu ,dengan belanja yang tinggi itu ,masyarakat akan memandangnya dengan nilai 'value' yang tinggi. Kadang-kadang sesebuah keluarga itu 'terpaksa' mengikut keadaan dengan mengikut kebiasaan/adat/tetangga yang menyusahkan atau meyulitkan pihak lelaki(baik dan soleh) yang meminang .Ada juga segelintir yang terbuai oleh perasaan bangga dan sombong diri/bongkak kerana status dirinya atau kejayaan anaknya langsung meletakkan harga/bebanan yang berat kepada lelaki yang masuk meminang tersebut .

Apabila sudah ramai muslim yang berfikir dan bertindak sedemikian ,mereka seperti "membudayakan" kebiasaan meminta maskahwin yang berlebih-lebihan sebagaimana yang berlaku dalam zaman jahiliyyah.Akibatnya banyak kaum pemuda yang tidak mampu mendirikan rumah tangga ,penyakit moral bertambah luas dan akhirnya banyak sekali lelaki dan wanita yang hidup merana disebabkan oleh" krisis perkahwinan".Diriwayatkan umat nabi luth menjadi homoseksual kerana ketika itu mas kahwin/belanja kahwin adalah teramat tinggi .Dan mereka dibinasakan kerana 'hasil tangan-tangan' mereka sendiri.

Janji Rasulullah s.a.w melalu sabdanya yang bermaksud:

"Keberkatan lebih baik baginya dan anak perempuan daripada semua emas yang ada di muka bumi dari memberatkan lelaki(soleh) yang meminang ", Sesungguhnya apa yang telah ditentukan oleh Allah adalah kebenaran ,dan Allah menunjukkan jalan yang lurus."

Mungkin timbul beberapa persoalan. Marilah kita huraikan satu persatu.

Contohnya jika datang kepada kita calon menantu yang tidak disenangi dari segi akhlak dan ilmu maka adalah lebih baik kita tolaknya dengan baik dan berhikmah bukannya dengan meletakkan belanja kahwin yang tinggi .Yang akan rugi ialah kita dan anak kita sendiri.
Jika orang lelaki(soleh) yang datang meminang dan kita mahu menerimanya ,itu bermaksud dia mahu menjadi salah seorang anggota keluarga kita . Sanggupkan kita menyakiti bakal ahli keluarga kita?

Status wanita akan jatuh jika nilai hantaran perkahwinannya kurang? .Adakah betul begitu? Kalaulah orang yang datang meminang itu merupakan orang yang baik/idaman kalbu kita dan idaman teman hidup kita ,maka kenapa kita susahkannya .Kenapa kita fikirkan apa orang lain kata ,sedangkan yang akan berkahwin adalah kita .Sedangkan ketika kita susah 'orang lain'
tak pernah ambil kisah.Dan paling utama agama sendiri yang menggalakkan kita berbuat demikian.

Belanja majlis perkahwinan mahal sekarang ?. Kalau begitu buatlah yang sederhana dan sekadar yang mampu pada taraf kita .Tujuan majlis perkahwinan adalah untuk menghebahkan perkahwinan dan meraikannya ,bukannya untuk kita menunjuk2 dan bongkak.

Jesteru dengan itu alangkah baiknya kalau semua kaum muslimin kembali kepada toleransi dan kemudahan yang telah diberikan oleh agama islam.

Tuesday, September 21, 2004

Salam kembali dari skudai

Bismillah ,

Kembali semula menulis .Menyambung kembali untaian kisah yang terputus sementara. Terima kasih buat Ayares kerana menolong untuk memotivasikan (memaksa sebenarnya..hehehe) aku untuk menulis semula.Hampir sekian lamanya ,rumah ini sunyi tidak berpenghuni ,tidak ceria ,tidak riuh dengan cerita-cerita manis ,pahit dan pengalaman si penghuninya.

Entah kenapa? penghuninya sendiri tidak dapat mencari jawapannya .Mungkinkah kerana tiadanya idea ? tiada semangat ? tiada masa? . haha mungkin ada yang benar ada yang tidak. Tiada masa? tipuu!! jika hendak seribu daya ,jika tidak emm den pun tak dapek menolongnya.

Emm nak citer pasal apa aaaa? apa yang telah berlaku sebulan dua nih yer...aaa alhamdulillah duit loan Mara aku dah settle dan dah masuk ..Alhamdulillah ..lega aaa aku tapi kena berjimat cermat, jangan terlampau boros .Huhu ditambah lagi aku kena simpan untuk belanja majlis pertunangan dan majlis perkahwinan aku nanti insyaAllah.Uppss aku tak citer lagi kan pasal benda tuh ..emm nantilah lepas2 nih laa.. aaa.

Study master aku alhamdulillah berjalan dengan lancar..sekarang di semester kedua ..lagi satu semester insyaAllah habislah master yang aku ambik ini.Doa2kanlah buat sahabat anda ini yer. InsyaAllah bulan 3 nih habis then bulan 8 nih 'convocation'.Waaa bestn nyer ..ini yag aku tunggu2 sebenarnya .Masa kat jepun dulu tak best! tak best giler . Majlis konvokesyen kat jepun hampeh ,hanya ada ucapan Canselor Universiti lepas tuh wakil jer pergi ambil scroll .hampeh giler . Pakai kot jer ..tak pakai jubah special tuh aaa.. Hahaha aku tak pergi pun majlis konvokesyen aku ..aku pergi buat part time job kat kilang kat tempat aku .Daripada aku sakit hati baik aku pergi buat duit ..manyak ooo sehari dekat YEN 10000 =RM 330 . Huhuhu .Macammana ayares?nak kerja part time kat ayamas ker kat tempat kilang aku tuh kat jepun ..hehe. Lepas tuh aa aku mengidam nak pergi konvokesyen kat malaysia . Malaysia punyer konvokesyen grand giler!!.. haha kat rumah ada satu sudut kat ruang tamu yang khas untuk gambar konvokesyen aku belum terisi!.. bila nak habis nih ..dah terasa malaih laa sikit plus penat aaa.. nak kerja la pulak .Almaklumlah sekarang nih dah teringin benar nak laksakan sunnah nabi yang dituntut iaitu perkahwinan .

InsyaAllah aku plan nak bertunang bulan 3 selepas grade ,lepas tuh bulan 6/7 nih nak kahwin .Aku niat aku kahwin kerana Allah ,menutup pintu maksiat dan untuk mengikat silaturrahim antara dua keluarga!.

Sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud:-

"...... Siapa yang mengahwini wanita kerana ia(lelaki yang berkenaan) ingin dapat memejamkan matanya(yakni tidak memandang wanita lain yang ditemuinya ),ingin dapat menjaga kesucian dirinya (tidak berzina),atau ingin memperluaskan silaturrahim (hubungan kekeluargaan dan persaudaraan); Allah S.W.T memberkatinya dan memberkati isterinya".
(Diriwayatkan oleh Thabrani)

Pada pandangan aku laa ,perkahwinan zaman sekarang nih agak menyusahkan dan menyulitkan kedua-dua pihak . Yang utamanya hantaran perkahwinan dan adat-adat yang menyusahkan .Benda-benda macam inilah yang menyebabkan pasangan-pasangan agak susah/lewat/atau tidak langsung untuk berkahwinan .Mungkin ada yang berkata ..hantaran yang tinggi dan lain-lain adalah untuk membuatkan si peminang supaya bertangungjawap dan tak mudah nak main2kan perkahwinan . Bagi akulah itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik . Malah ia membuatkan seseorang yang hendak kahwin itu menyimpan dendam/tidak puas hati dengan keluarga yang satu lagi .Dan setelah dapat mengikat isterinya ..dibawa lari atau tidak mesra lagi dengan keluarga yang satu lagi .Nah ! siapa yang rugi . Islam telah membawa jalan penyelesaian yang baik .

bersambung ...penat nak tidur!..