Thursday, January 17, 2008

PhD bukan syarat naikkan pangkat

29 November 2007


Berita Harian

MERUJUK kepada maklum balas daripada Kementerian Pengajian Tinggi kepada ‘Pensyarah PhD DS45’ yang disiarkan pada 16 November lalu. Saya tidak setuju dengan dasar kementerian untuk menaikkan pangkat pemegang PhD DS45 kepada pensyarah kanan DS52.

Kenaikan pangkat seorang pensyarah ke pensyarah kanan bermakna seseorang itu mesti mempunyai kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 31 Tahun 2005).

Seseorang pensyarah tidak boleh dianggap sebagai mempunyai kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya hanya dengan memiliki PhD. Ia seharusnya diiringi dengan ‘curriculum vitae’ yang istimewa mutunya, seperti mempunyai beberapa penerbitan jurnal pada peringkat antarabangsa.

Masalahnya, ramai pensyarah berkelulusan PhD tidak mempunyai penerbitan sedemikian rupa. Mereka mungkin ingin menghujah mereka mempunyai banyak kertas pembentangan dalam persidangan tetapi kenapa tidak dapat diterbitkan dalam jurnal antarabangsa?

Jika diteliti nama pada kertas persidangan, begitu ramai yang menenggek di atas kertas akademik orang lain untuk mendapatkan pengiktirafan.
Pemilik PhD harus bersyukur kerana diberikan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara dan tidak mendesak untuk dinaikkan pangkat hanya beralaskan PhD. Mereka harus ingat bahawa biasiswa diberikan tanpa sebarang persaingan.

Mungkin disebabkan ketiadaan persaingan, maka ramai daripada mereka gagal menghabiskan PhD dalam jangka masa yang diperuntukkan, yakni tiga tahun dan memerlukan pertambahan masa sehingga satu atau dua tahun. Dengan pertambahan elaun sara hidup sebanyak dua kali ganda mulai tahun ini, seseorang yang berada di United Kingdom, misalnya, menerima RM14,000 sebulan di samping gaji lumayannya sebagai pensyarah.

Ringkasnya, pensyarah berkenaan membelanjakan wang rakyat sebanyak lebih setengah juta untuk mendapatkan ijazah PhD di United Kingdom. Tambahan pula, kebanyakan mereka yang belajar di luar negara bekerja separuh atau sepenuh masa kerana mereka tahu bahawa Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan mereka melanjutkan masa pengajian, sekurang-kurangnya setahun lagi dengan gaji penuh.

Jika pensyarah yang baru mendapat PhD dalam umur yang begitu muda tanpa sebarang kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan dinaikkan pangkat ke pensyarah kanan, maka telah berlaku ‘triple award’ di mana mereka diberikan dua kali ganjaran untuk PhD.

Dapat biasiswa tanpa persaingan adalah ‘award’ pertama. Bila mereka ada PhD, universiti menaikkan mata gaji mereka untuk tiga tangga. Ini adalah ‘award’ kedua. Bayangkan seorang pensyarah berada di tangga gaji T3 dalam DS45 ketika pergi belajar di luar negara selama empat tahun.

Bila balik, dia berada di T10 (termasuk tiga pergerakan gaji). Kemudian, universiti pula menganggap mereka mempunyai kecemerlangan akademik yang istimewa mutu hanya semata-mata kerana PhD dan kemudian dinaikkan pangkat ke pensyarah kanan DS52 dengan gaji permulaan RM4,000 lebih.

Ini adalah ‘award’ ketiga. Ramai yang bergelar pensyarah kanan diketawakan oleh pensyarah luar negara sebab bagi mereka, bila bergelar kanan bermakna mereka ini telah banyak menulis dalam jurnal antarabangsa.

PEMERHATI KANAN,

Kuala Lumpur.

50 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya setuju benar dengan pendapat ini. Bukan mudah menjadi pensyarah di zaman ICT ini.. selain daripada penyelidikan, menulis kertaskerja di seminar dan jurnal.. 50% daripada skop kerja pensyarah adalah mengajar. Jika pengajaran diabaikan maka bagaimana untuk kita menjadi pensyarah yang cemerlang. Kemudahan ICT menjadikan pelajar lebih cepat dan mampu mencapai ilmu setaraf pensyarah walaupun kadar pemahaman mungkin kurang tetapi Phd sahaja tidak membuktikan seseorang itu bagus dalam pengajaran dan pembelajaran.

May 18, 2008 at 10:11:00 AM GMT+8  
Blogger HusNadiaSofeaUlfa said...

Satu pendapat yang berat sebelah. Saudara, bagaimana dengan pensyarah yang mendapatkan Ph.D dengan menggunakan duit sendiri / suami untuk belajar? Universiti yang menerimanya hanya menawarkan DS45 P1T4 iaitu hanya lebih 3 kenaikan(RM300 - RM400) berbanding dengan Pensyarah Master. Adakah itu adil buat saudara? Apapun kita balik kepada konsep bersyukur kerana rezeki ini datangnya dari Allah swt. Allahhualam.

June 18, 2008 at 11:03:00 AM GMT+8  
Blogger Nina said...

Saya amat-amat tidak bersetuju dengan pendapat ini dan ia ternyata tidak sesuai sudah digunakan pada masa kini. Saya mempunyai phD bukan dengan tajaan biasiswa kerajaan dan sehingga habis posdoct pun...haram 1 sen pun tidak sentuh duit kerajaan! Malah saya ditawarkan untuk bekerja di luar negara lagi kerana kepakaran saya diperlukan untuk membantu menaikkan lagi taraf penyelidikan di luar negara. Oleh kerana sayangkan warga Malaysia yang harmoni dan cintakan keluarga di Malaysia, saya tabahkan hati untuk berkhidmat dengan kerajaan dan sekarang sebagai salah seorang pensyarah di IPTA. Cuma saya agak terkilan kerana saya hanya diberi tahap DS45 dan postdoc pula hanyalah dianggap sebagai pengalaman...nyesal tolak tawaran bekerja di UK pun ada! Gaji saya pula setakat RM300-RM400 beza dari Ijazah Sarjana. Sedangkan untuk mendapat tahap phD tidak mudah berbanding Master! Zaman ICT sebenarnya membantu penyiapan penyelidikan yang lebih mudah tapi cabaran melakukan phD pada zaman ICT juga lebih tinggi berbanding zaman-zaman sebelum ICT! Saya harap kerajaan dapat menaik tarafkan DS45 ke DS51 bagi lantikan dan DS52 untuk kenaikan pangkat!! Nyesal juga saya tidak ikut jejak kengkawan yang mempunyai phD bekerja di luar negara. Gaji mereka lebih tinggi...dan pensyarah di sana tidak pula bersusah payah cam kita disini. Dorang hanya tumpukan kerja2 pada lecture dan penyelidikan je...bukannya berlambak2 lagi dengan kerja-kerja admin! ADALAH SANGAT-SANGAT TIDAK ADIL JIKA GAJI PHD TIDAK JAUH BEZANYA DARI IJAZAH SARJANA. Tolonglah prihatin.

July 10, 2008 at 9:15:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

apalah yang nak dibesar2kan tentang hal ini...PhD @ tiada PhD...mungkin cadangan kerajaan itu tepat berdasarkan untuk menggalakkan ramai pemegang PhD menjadi pendidik. Tetapi kriteria yang mengatakan PhD tu "cemerlang" adalah tidak tepat sama sekali. Semua orang boleh dapat PhD tetapi bukan semua orang boleh deliver selepas dapat PhD.... Ibnu Sina tidak pula mendapat PhD...sementara Ibnu Haitam sarjana dalam kejuruteraan tidak pula bermegah dengan kesarjanaannya... kita ditahap mana ketika ini...? Pandangan saya, PhD hanyalah di atas kertas semata2. usaha tangga kejayaan. untuk cik nina... udah la tu... kalau nak cari duit banyak2, kenapa tak buat phd yang bertajuk "macam mana nak mendapatkan duit dengan banyak tanpa membuat kerja2 admin" amacam...? ok juga untuk your the very second PhD.... i doubt your qualities!

August 11, 2008 at 6:36:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Saudara/i Anonymous ni ada phd ker? Cakap semua orang boleh dapat. Saya ada juga MSc dari luar negara. Yang pasti syarat utk dpt phd 1 international dan 2 dalam negeri papers kena publish. Utk electrical eng. IEEE journal selalunya. Dan pelajar phd selalunya bertungkus lumus siang malam belajar. Dan selalu kena "buli" dengan prof. Master mungkin tak susah sangat. Yg boleh dapat tu, beli punya kut.

October 22, 2008 at 10:44:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Anonymous, mana ada PhD.. dia ingat semua orang boleh dapat PhD...Kalau semua orang boleh dapat PhD takder orang yang gagal PhD...hehehe.

Zaman dulu time Ibnu sina, PhD tak wujud lagi.. kalau PhD wujud dia tentu buat PhD..hehehe.

November 8, 2008 at 10:42:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Anonymous...dah nama pun 'anonymous' tak berani nak bersemuka?? Memang benar semua orang boleh mendapat phD cuma berquality atau tidak...terpulanglah pada setiap individu! Well second phD atau postdoctoral yang dianggap anonymous tidak berQ..adalah sangat tidak berasas! Buat postdoc bukannya tidak dapat tawaran bekerja ketika selesai phD! Kalau di UK setakat phD saja tidak cukup untuk menentukan dia dapat kerja kat sana dengan mudah. Supervisor saya sendiri kena buat post 3 kali baru dapat jawatan lecturer di sana. Buat postdoc adalah sebenarnya satu kemestian bagi setiap individu selepas phD kerana masa postdoc lah kita akan menulis dan menyelidik dengan advance berbanding ngan phD? Untuk kes seperti cik Nina, saya faham situasi dia...kerana saya juga sudah melaksanakan postdoc dan ia hanya dianggap sebagai pengalaman dan hanya publication yang dilihat bagi kenaikan pangkat dsb...so 'anonymous' you dah ada phD ke? Sahutlah cabaran buat phD kalau tahu nak melalak je....dan you faham ke maksud 'postdoc'. Kalau tak faham..tanyalah senior2 you.....atau you dah senior tapi tak lepas2 juga nak buat phD? Maaf ye....

December 18, 2008 at 10:59:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Memang benar semua orang boleh mendapat phD cuma berquality atau tidak...terpulanglah pada setiap individu! Well second phD atau postdoctoral yang dianggap anonymous tidak berQ..adalah sangat tidak berasas! Buat postdoc bukannya tidak dapat tawaran bekerja ketika selesai phD! Kalau di UK setakat phD saja tidak cukup untuk menentukan dia dapat kerja kat sana dengan mudah. Supervisor saya sendiri kena buat post 3 kali baru dapat jawatan lecturer di sana. Buat postdoc adalah sebenarnya satu kemestian bagi setiap individu selepas phD kerana masa postdoc lah kita akan menulis dan menyelidik dengan advance berbanding ngan phD? Untuk kes seperti cik Nina, saya faham situasi dia...kerana saya juga sudah melaksanakan postdoc dan ia hanya dianggap sebagai pengalaman dan hanya publication yang dilihat bagi kenaikan pangkat dsb...so 'anonymous' you dah ada phD ke? Sahutlah cabaran buat phD kalau tahu nak melalak je....dan you faham ke maksud 'postdoc'. Kalau tak faham..tanyalah senior2 you.....atau you dah senior tapi tak lepas2 juga nak buat phD? Maaf ye....

December 18, 2008 at 11:01:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

ape la korang ni sume....korang ni belajar tinggi tak ikhlas kot....orang belajar tinggi jgn tumpukan pada pendapatan semata-mata. tumpukan pada pengajaran yg berkualiti lebih penting. pensyarah skarang ni kebanyakannya (tak semua) lebih mengutamakan duit dari nak mengajar. ramai lg orng yang layak menjadi pensyarah tapi tak diberi peluang yang sewajarnya.....byk jugak pensyarah (tak semua)yg masuk sekarang ni guna kaedah kronisma tapi sebenarnya tak layak walaupun hitam putih di sgt hebat....bila sampai bab mengajar, hancur.....renung2 kan la....jgn la nak kejar duit dan pangkat sgt sampai lupa apa tujuan menjadi tenaga pengajar itu sendiri.....

December 23, 2009 at 10:51:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Rezeki datangnya dari ALLAH... Janganlah kita mengeluh atau berbangga.. Beramal dan berbaktilah kita ke jalanNYA semoga setiap daripada kita mendapat rahmatnya dalam apa jua bentuk....Wassalam.

ps. Aku bersyukur sebagai seorang kerani walaupun mempunyai segulung ijazah..

January 20, 2010 at 11:25:00 PM GMT+8  
Blogger Unknown said...

Janganlah kita seling dengki mendengki dan beranggapan kita saja layak dapat sesuatu, orang lain semua tak layak. Lagipun beza sangat cabaran dan kesusahan PhD zaman dahulu dengan zaman sekarang. Kenapa rasa tercabar dengan kesenangan orang lain? Kalau hati tak bersih dan asyik mendengki, tak ke mana kita ni

February 20, 2010 at 4:55:00 AM GMT+8  
Blogger Unknown said...

Dan lagi satu, adakah sudah dibuat kajian sebelum keluarkan artikel ni? Kajian tentang kos sara hidup di luar negara? Kalau nak kira kos 10/15 tahun lepas baik tak payah. RM 14,000 sebulan cuba la bahagi dengan nilai Pound Sterling. Sudah kira kos dan cara pembayaran sewa rumah di sana mcm mana? Kos hidup di sana macam mana? Tentang papers dan journals pula, saya sendiri semasa buat Master di dalam negara dah merasa ketidakadilan. Saya yang penat-penat buat paper tu, supervisor letak nama dia sebagai first author, letak nama dia sebagai correspondence author juga. Nama saya comes to second place untuk semua 4 papers yang saya hantar untuk jurnal. Adil ke tu? Di sini luar negara supervisor saya tak pula bersikap begitu. Dia percaya siapa yang tulis paper, orang itu lah yang layak dapat kredit. Kadang-kadang malu saya dengan sikap orang kita sendiri, dengki tak habis-habis dan tamak tak kena gaya. Mempergunakan student sendiri untuk dapat keuntungan. Tak semua penyarah Malaysia begitu, tetapi terlalu sedikit yang baik begitu. Kepada pengeluar artikel ini, kajilah dulu sebelum keluarkan kenyataan, jangan nanti artikel ni nampak macam kurang ilmu dan kajian tetapi lebih kepada luahan tak puas hati dan dengki sahaja.

February 20, 2010 at 5:09:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

belajar banyak

February 22, 2010 at 12:04:00 PM GMT+8  
Blogger KRJ said...

Ada seorang tokoh agama dan tokoh politik di malaysia (saya tak boleh declare nama beliau disini).. beliau diarahkan untuk escort Tuan Sheikh Yusof al-qardawi semasa kedatangan beliau ke Malaysia sebagai penerima tokoh maal-hijrah baru2 ini... Antara soalan yang ditanya kepada beliau (orang melayu tersebut oleh Dr yusof al qardawi) ialah:

1. Bila nak buat PhD
2. Dah abis baca semua buku2 karangan saya belum...

untuk kita semua: fikirkanlah sendiri apa yang tersirat itu...

March 13, 2010 at 6:47:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya salah seorang pelajar tajaan SLAB. Terus terang saya cakap saya mmg minat jadi cikgu dan ada rejeki untuk ke atas jadi saya rebut. Cuma pendapat saya jika dibandingkan gaji seorang PTD muda dan seorang PhD holder sangat la sedikit beza. Adik saya sendiri seorang PTD gaji mencecah RM4K dengan kelulusan degree sahaja. Saya sangat x nampak di mana pertimbangan anonymous yg menghentam dengan mengatakan semua pensyarah mgunakan kroni.Tapi apa pun, saya rasa anda berani menghentam kerana tiada di kedudukan ini.Mungkin bagi anda, PhD hanyalah kertas.tapi process utk mendapatkan PhD tu membuatkan kita belajar tentang hidup. Sayang sekiranya anda pertikai dari segi keikhlasan mengajar sbb saya pun buleh pertikaikan keikhlasan anda memberi komen.

Sekian.

Jangan dengki2 sudah...syukur sekiranya semakin ramai cerdik pandai di kalangan bumiputera~

zard_msc@yahoo.com

*sila hentam kembali jika anda kurang gemar dgn tulisan ini...tp yg penting saya bukan anonymous*

March 19, 2010 at 10:05:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

encik penulis...

anda silap ya..saya skrg tgh melanjutkan pelajaran di Aussie dgn tangga gaji 41 sahaja...mempunyai kelulusan Master tetapi tidak dilantik ke DS45.apapun saya bersyukur.juga harus bersaing mendapatkan tempat SLAB..1st class degree..jadi ,diharap jangan cakap sebarang cakap...thanks~

-UPM SLAB-

March 19, 2010 at 10:11:00 AM GMT+8  
Anonymous Abu Bakar said...

pergh.. cuba la dulu buat phd. kalau senang, tak de la pulak value phd tu. saya sekarang tgh buat phd. Memang 100% sangat berbeza daripada buat master. Bayar pakai duit sendiri pulak tu. So kalau nak dipertikaikan tangga gaji ke apa, saya kurang setuju la sikit. Melainkan kalau kerajaan kata nak bagi terus naik jadi Prof. Madya, memang saya tak setuju. Lagipun sekarang ni bukannya naik DS52 pun, ada gred DS51 untuk kes2 mcm ni. Fair enough. Takde la saya rasa ada sapa2 dengki kat sini. Mungkin mereka merasakan tidak adil.

Kalau nak tengok tak adil, cuba la perhatikan skim PTD. Lagi la melampau. Susah nak cerita detail, so paham2 sendiri aje la. Nanti ada orang bising pulak.

April 16, 2010 at 10:53:00 AM GMT+8  
Blogger GREEN PLATFORM said...

Salam,
Hahaha.. sumer nak gadoh pasal PHD la plak kat sini. ape nak kecoh, 1 bangsa, 1 malaysia, 1 agama, bersaudara lah. masalah orang Melayu ialah tiada kerjasama dan gila duit. sbb tu ramai yg kena tangkap rasuah tu org gomen. yg suap plak org cina. hahaha... kelakau... nak duit banyak berusalah lebih sikit. ini tidak, asik nak mintak ehsan gomen jer, mmg sikap org melayu manje dr dulu. Allah tidak akn mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubahnye sendiri. sy tahu kualiti pensyarah di Malaysia, terutamanya IPTA!! ade yg tidak pandai langsung berbahase inggeris tetapi masih boleh menjadi pensyarah. ape cerite? mane 'benchmark' nye? lg 1 pensyarah di malaysia ramai yg tidak punya pengalaman kerja di industri. pensyarah yg begini hanye menyuap ape yg ade dlm buku kpd pelajar. plj hanye belajar utk lulus. bile mule kerje, semue bende mase belajar tak digune sbb pensyrah tiada pengalaman utk dicerita... kesian... sarjana Islam terdahulu tidak perlu PHD. mereka bekerja kerna Allah berlandaskan Al-Quran. bukan kerana duit, harta dan nafsu utk membeli kereta baru, rumah besar, kasut mahal, jam mahal, beli saham itu ini, main golf dgn org gomen utk dpt tender baru, dll. akhir sekali, ingatlah, jadilah org yg memberi sebanyak2 nya, bukannya org yg meminta sebanyak2nya. bila kita rajin memberi, maka Allah akan membukakan pintu rezeki dari jln yg tidak disangka2. segala hentaman utk komentar ini telah dijangka oleh penulis kerna pasti ada yg tidak puas hati kerna bukan semua hati manusia itu lembut dan terbuka. sekian wassalam.

May 6, 2010 at 4:49:00 PM GMT+8  
Blogger afb said...

Saya muda lagi dan saya takde PhD pun lagi.
Saya baru dalam proses dalam nak dapat degree.
Tapi saya ada ramai kawan yang tgh dalam proses nak ambil PhD.
Jadi saya boleh la beri pendapat dalam hal ini.

Abg2 dan kakak2 yang kata ambil PhD ni senang memang silap.100% wrong. Kena pulak yang ambik kat UK macam dikatakan dalam post diatas. Sangat berlainan dengan degree proses nak dapat PhD dan saya sgt respek sesiapa yang dapat PhD kerana byk benda yang kena buat sehinggakan kalau jika ada peluang utk saya sambung PhD sekalipun, I doubt to take it because it's too hard unless anda adalah orang yang sangat2 bersabar.

Jadi nasihat saya yang muda ini, jalan rezeki kita berlainan,takkan habis nikmat Allah itu walaupun Allah bagi separuh dunia ini pada saya pun dan sila fahami keadaan orang yang ambil PhD ini sebelum mengkondem mereka.

p/s:saya ada seorang kawan yang hampir berputus asa dengan projek PhD dia.tolong doakan dia berjaya dalam PhD dia.ameen.

May 19, 2010 at 10:40:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

salam,

sy sendiri sedang dlm tahap akhir siapkan thesis phd di australia. sbnrnya ada pros and cons dlm statement nie. sy nampak, ada rasa tak puas hati segelintir (higlight yer) pensyarah yg tak prolifik dan kurang menyumbang pd ilmu2 baru tetapi msh mahu merebut peluang2 kenaikan tanpa kerja keras. ini yg ada yg tak berkenan. ada benarnya jugak. sbb yg membezakan pensyarah dgn pendidik biasa ialah research kita dan publication. jadi renung2kanlah point ini.

tetapi utk mengatakan seratus peratus pemegang phd sbg tak layak semuanya utk kenaikan, kenalah fikir lagi sekali. lalui dulu proses mendapatkan phd itu bagaimana barulah sedap mengutuk. mmg krjn byk invest duit tuk produce phd students, tapi harus juga diingati, duit yg dibandingkan itu pound sterling dgn living cost etc jgn diambil enteng. belajar di developed country ini very costly dan selalunya cukup2 mkn saja. so bygkan cabaran yg harus dihadapi itu. tapi sy pasti ramai yg msh tau bersyukur akan generousity krjn kita.

krn itu polisi di ipta skrg nie adalah mengharuskan pensyarah membuat byk perbitan lagi utk syarat naik pangkat. sy kira itu sudah adil. ia bukan sj menguntungkan pensyarah sendiri, tapi juga universiti dan imej awam.

jgnlah mengutuk tak hingat dunia, adalah lebih baik mencadangkan sesuatu andai ada yg tak berkenan spy setiap pihak dpt manfaat bersama.

my 2cents

July 13, 2010 at 12:45:00 AM GMT+8  
Anonymous Juce said...

Pertikaian yang saya lihat disini sebenarnya adalah tentang ada atau tiada phD? dan ada yang tidak puas hati sesiapa yang baru dapat phD diberi DS51 P1T1. dan yang lama dan ada phD DS52 dengan P1T? (sepatutnya lebih tinggi). Well, ada phD sebenarnya satu kepuasan dalam penulisan dan penerbitan..masa phD di sanalah anda berhempas pulas dengan ilmu. Dari segi pentaksiran MQA, phD adalah yang tertinggi - dalam aras taksonomi kognitif bloom (C6 - Evaluation), psikomotor simpson (P6 - Origination) dan afektif krathwohl (A5 - internalizing value). So yang tak de phD tu sahutlah cabaran buat phD bagi mencapai tahap yang dimaksudkan oleh taksnomi yang saya sebutkan di atas. dan jangan dengki kalau yang ada phD samada baru atau lama diberi kenaikan pangkat DS51/DS52. Ini kerana anda belum mencapai tahap kognitif, psikomotor dan afektif tertinggi!

July 20, 2010 at 12:58:00 PM GMT+8  
Anonymous Juce said...

Pasal kenaikan pangkat dengan ada phD saya rasa memang layak diberi kepada sesiapa yang layak mendapat. hak harus diperjuangkan dan jika seluruh dunia dimana status dan hak disama-ratakan, Master/PhD/Ijazah dengan tangga gaji / kenaikan pangkat adalah sama rata, maka tiadalah orang yang berjuang untuk mendapatkan ilmu dan buat apa belajar jauh ke bulan kalau semuanya sama. kerana realiti adalah manusia itu sendiri yang harus mendapat hak dan ganjaran sewajarnya..so berikanlah hak kepada sesiapa yang layak mendapatnya. Ia sekaligus menguntungkan kerajaan juga..dan anak bangsa negara kita..

July 20, 2010 at 1:05:00 PM GMT+8  
Blogger Unknown said...

Pada pendapat saya, ada 2 persepsi sahaja, sama ada
1). Dapat PhD untuk memperolah gaji besar dan kedudukan jawatan.
Cari syarikat besar SWASTA atau bekerja luar negara. Compete with others with your own credibility.

atau

2) Phd untuk tujuan menurunkan ilmu pada ummat manusia. Strive to give the best to others.Sepatutnya tiada pertikaian mengenai duit gaji ker, pangkat ker, aper ker.NONE. Just do your best TEACH,GUIDE & COACH. Kerana anda sendiri telah memilih dan membuat keputusan untuk bekerja di mana anda berada sekarang.

Pilih antara satu, kerana anda tidak mungkin akan mendapat kedua dua nya kecuali anda buat bisnes sendiri dan ianya berjaya then baru anda dapat tentukan gaji anda sendiri,nak pegang jawatan aper dan anda nak buat aper.

P/S tak sabar nak start MBA this nov.

August 14, 2010 at 4:46:00 PM GMT+8  
Anonymous sam said...

kesimpulannya, pada sapa2 yang takdak phD buatlah phD. dan yang dah buat phD tu, tahniah dan teruskan usaha terbaik anda untuk membantu anak bangsa kita...

September 14, 2010 at 7:51:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

syukur la pd yg dpt 'reward' hasil dr phd..

jgn berhasad dengki..

sbalikny ptut berbangga krn teman kite dpt phd n dpt gred 51, gaji banyak, bleh cmpete ngn bangsa lain..

kalu ye pun kite cemburu, jgn jatuhkn org tu, sbalikny.. jadikn kekuatan "aura n semangat" teman kite utk menarik kite berjaya sptny.. or persaingan scara sihat..

November 11, 2010 at 1:44:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

buatlah phD...bukankah itu ialah KPI IPTA? nak lebih ramai phD d m'sia.

December 7, 2010 at 8:35:00 PM GMT+8  
Anonymous FS said...

assalamualaikumm....aperpun yg kita buat sumenyer kenalah niat kerana Allah..buatla yg terbaik dlm hidup kita...sesungguhnya manusia ini (termasuk saya) tidak pernah bersyukur dengan pap ayg ada...apepun..teruskan perjuangan yg ada...semoga berjaya

December 22, 2010 at 4:39:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Saya harap, sebelum penulis beri pandangan, penulis kaji dulu sedalam-dalamnya. Banyak fakta yang tak betul dan luahan yang hanya berdasarkan pandangan di permukaan tanpa kaji di bahagian dasar.
Apa syarat utk seseorang dpt Phd, persaingan, allowance...terlalu banyak silapnya.

Wassalam,
Pelajar PhD dan pemegang biasiswa KPT dan IPTA

May 14, 2011 at 3:15:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

bodoh cerita ikhlas. bagila anak bini makan ikhlas dengan kos hidup kat malaysia sekarang

May 14, 2011 at 3:38:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

1. r u sure nak dapat biasiswa PhD tak perlu bersaing???? habis tu, nape ada org pegi interview apply scholarship kena reject sampai 3 kali???? juz 4 ur information, before any scholar taja seseorang untuk sambung blaja, mesti la ada syaratnya... eg: pointer, tajuk research, value research etc... not simply bagi je tau.... think twice wokeh!!!!!!!

2. ingt buat PhD tu macam buat degree????? try la alami sendiri dulu baru kuarkan pendapat...baru la tak tergigit lidah sendiri... ingat org buat research saje2 nak extend ke??? memang la diselaraskan PhD buat dalam tempoh 3 tahun, but it depend on our research... erm, kalo setakat nak kaji "kesan roti didedahkan pada persekitaran" mungkinlah boleh siap seminggu... ala, macam buat lab report sains darjah 6... buat inferens, hipotesis, discussion sikit2 and kesimpulan....insya Allah, siap seminggu....

3. kalo bukan PhD syarat kenaikan pangkat, apa lah syarat y sesuai???? pengalaman bekerja??? baek tak yah ambik SPM and degree... keja je dari umur 10 tahun, dapat byk pengalaman bekerja...

4. pertikaikan kualiti PhD...erm, agaknya penulis ni terlalu berkualiti sampai mempertikaikan kualiti org lain... ingt sambung PhD ni tak de displin ker??? kalo nak pertikaikan ada y dapat PhD tak published paper, sebut la nama org tu and universiti mana keluaran PhD tu... kalo ada y terlepas, mungkin segelintir.... tp kesilapan segelintir ni tak boleh di angkat untuk menghukum PhD yang lain dalam kenaikan pangkat.... kalo macam tu, tak payah la susah2 belajar tinggi2.... saya tak nafi kan, tidak suma org boleh mengajar dengan baek, tp dalam kenaikan pangkat, level pendidikan memang wajar di ambik kira.... kualiti diukur oleh majikan or student...and kita ada evaluation k....

thats all... maaf kerana tidak bersetuju dengan anda....

waslm....wbt

May 15, 2011 at 6:14:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

PhD tidak sepatutnya dijadikan syarat mutlak kenaikan pangkat ke pensyarah kanan. Bagi pensyarah muda, mereka patut ada pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun. Kalau tak buat apa gred DS45 tu sampai T21? Mungkin pensyarah muda dengan PhD boleh diberi gred DS45 T5 sebagai ganjaran. Takkan mengajar tak sampai 5 tahun dah nak demand kanan? Lagipun ramai pensyarah muda sekarang yang only good for themselves. Berlumba-lumba buat research dan paper presentation/publication sampai mengabaikan tugas hakiki yang lebih murni - mencurah ilmu dan membimbing anak bangsa. Ye lah... pengajaran sekarang ni kurang mata penilaian berbanding research dan publication utk naik pangkat...masalahnya research yang dibuat tu tak sampai ke manapun... berapa kerat benor yang dapat dipaten dan dikomersilkan? Yang malang pelajar sebab dapat pensyarah yang pentingkan diri sampai mengabaikan kualiti pengajaran. Ini masalah dengan pensyarah-pensyarah muda PhD holder ni... Tak caya tanya pensyarah-pensyarah senior - profesor2 kat IPTA tu!

June 15, 2011 at 11:59:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Setuju yang phD tidak boleh dijadikan syarat mutlak untuk kenaikan pensyarah kanan. cuma apa yang saya harapkan ialah pihak kerajaan/jpa pertimbangkan pensyarah yang lewat join IPTA tetapi dia grade lebih awal misalnya antara tahun 2001-2006. Bila dia join tahun 2007, dia telah diberi DS45 P1T4 dan 2011 baru dinaikkan pangkat bersama-sama dengan lulusan PhD grade 2011. Sedangkan orang tu selepas grade phd tahun 2004 pernah bekerja di luar negara beberapa tahun. Gaji adalah perkara sensitif dan dimana keadilan bagi orang tersebut? Sedangkan dia pernah menerbit di jurnal-jurnal terindeks sebelum ni...dan ia adalah amat tidak ADIL. Saya rasa pihak JPA perlu kaji tentang perbezaan tahun mendapat PhD dan bila penyelarasan gai dibuat, ia tidak sepatutnya sama dengan orang yang grade phd terkini..misalnya tahun 2010?

July 17, 2011 at 12:25:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...

Hakikatnya,,,Keikhlasan tidak menafikan hak.. teringin saya nyatakan:
1- Saya bersetuju PHD bukan syarat kenaikan Pangkat
2- Namun ia perlu diberi kredit dalam kenaikan pangkat
3- Skim tawaran gaji di bidang kepensyarahan di Malaysia amat lemah.. tidak mendorong atau disebut tidak berbaloi dengan kemuliaan ilmu
4- Fenomena Boncengan Gratis dicampur dengan fenomena kabelan gratis merosak perkembangn alam akademik
5- Apatah lagi dengan isu politik dan politiking

Tapi apa yang kita nak buat

Saya sendiri adalah pemegang PHD,berjawatan tetap dinafikan insentif mendapat cuti belajar dan segala kemudahan seorang calon PHD. Alhamdulillah dapat 52 malalui kerja kerja penulisan.

Namun bayangkan dari sudut pangkat dan gred perjawatan saya adalah lebih rendah dari sahabat saya yang dapat PHD serentak Ds52 setahun kemudian selepas bercuti

Cadangan saya :kakitangan akademik perlu berpersatuan dan berbincang dengan pihak kerajaan tentang kebajikan kakitangan akademik yang sekaligus adalah modal insan utama negara

July 28, 2011 at 4:31:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Aduuuuuuh tekanan la Phd... Memang tekanan... Awat laaa aku amik Phd nieee.... Hidup dalam Isolation....tido tak teratur, makan tak teratur..... Hantar draft, prof kata sub standard.... Sampai prof nasihat soh berenti.... Takkan nak berenti kot??? sapa nak bayar balik schollarship.....

Sapa2 nak buat Phd nie TIMBANG betul2...... bukan nak discourage.... tapi jgn buat keputusan melulu....

Moga2 Allah bagi petuntuk untuk hamba2nya yang sedang menghadapi kesukaran Phd.....

August 4, 2011 at 7:54:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

salam,

pada pendapat saya, pemegang PHD patut dapat gaji jauh lebih tinggi dari master sahaja.sebab level phd jauh tinggi berbanding master sebenarnya..

lagi satu, utk pemegang master, gaji utk master by research patut lebih tinggi berbanding master by coursework... kerana by research jauh lebih bernilai dari by coursework yg mana sape2 pon buleh lulus kot.....

September 8, 2011 at 9:42:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

salam..saya bukan pemegang phd..tapi minat nak sambung phd dalam law coz saya ada LLM tp mendengar cerita korang ni buatkan saya kena pikir 5,6 kali sebelum nak proceed.selain bertambah menyampahlak kat
dr phd palsu yg bersepah kat malaysia ni termasuklaa pakar2 motivasi dan tokeh direct selling.rasanya mereka ini yang harus kita tentang dan bukan sahabat kita yg selayaknya dapat hak mereka.

September 19, 2011 at 12:06:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Saya bekerja di industri (bukan akademik) dan pendapat saya begini;

Kalau mendapat PhD, wajar dinaikkan pangkat, kerana ia adalah "black & white".

Kalau hendak mendapat gaji yang lebih tinggi, mungkin lebih baik sertai private sector di mana "sky is the limit" tetapi berisiko lebih tinggi. High risk high return. Low risk low return. Kenaikan setahun boleh cecah RM500 dan kalau berani job hopping, boleh mendapat RM1,000 sekali tukar kerja. Kadang2 bonus boleh mencecah 10 bulan. Saya mempunyai Master dan sudah bekerja 17 tahun dan secara jujurnya purata pendapatan saya hampir 5 angka (semua sekali termasuk elaun, bonus, dll). Itupun sebab kenaikan pangkat saya tidak berapa baik dan saya generally bukan job hopping. Tapi di KL la.

Saya rasa kalau inginkan pendapatan yang lebih baik dan tinggi, sesiapa yang berkelulusan Master boleh join non-government. GLC pun boleh. Just take the risk. Malaysia juga ada employment act, dan pekerja tidak boleh dibuang sesuka hati melainkan ia membuat kesalahan besar.

December 10, 2011 at 5:42:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

irdan_vtec...

tahniah semua.. semua idea yang bernas... yg penting kita masing2 dapat muhasabah diri kita sentiri...

cuma ada satu persoalan utk semua jawap... tujuan universiti utk lahirkan pekerja profesional.. seperti jurutera...akauntan...peguam dan lain.... persoalannya...

mcm mane nak lahirkan semua insan2 yang dinyatakan diatas sekiranya... pensyarah sendiri tidak pernah bekerja dalam bidang tersebut...

just utk kita fikirkan bersama....

satu lagi renungan.... mcm ne pulak dengan org belajar ilmu agama di pondok2... kitab2 hbs dibaca ilmu di dada cuma... sijil tiada..

salam mesra utk kalian semua...

org yang ada PHD mmg pandai.. tetapi skrg ini... kita tengah nak melahirkan ramai CENDIAKAWAN... mari kita sama2 sahut cabaran ini...sebab yg pandai tak semesti CENDIAKAWAN..tapi yang CENDIAKAWAN mmg PANDAI=)

January 25, 2012 at 12:12:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

erm,mengikut pengalaman sy, x semua org bagus bila ada phd, dan x semua x bagus bila ada phd..sbb kdg2, student phd n master ni PEMALAS,suke sub out project suruh org luar buatkan hardware,siap programmkan lagi..bila ditanya,supervisor suruh sy fokus pada contribution sy..baik x payah..boleh blah la..buat phd laju2, paper publish, gebang lebih..bila suruh hands on depan2, terkial-kial..siap lupa pasang battery.mmg x bleh blah..pastu siapkan thesis, karang ayat cantik2,pastu submit..siap dah phd saya cikgu.hehehe...

January 30, 2013 at 2:10:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Post ni ada sedikit kecenderungan yang tk menyenangkan. Dan membuat generalisasi yg tidak adil. Meminta naik gaji dan pangkat (bukan hanya bersifat materalistik) namun bersifat 'reward' atau ganjaran setelah menghempas pulas menghabiskan phd. Reward tu hanya sekadar motivasi dan 'ganjaran' hasil kerja2 phd. tak kisah jika u ada publication banyak atau sekadar prosiding dan pembentangan yang tidak menghasilkan publication. Tapi itu ada pengiktirafan bahawa u suda melepasi batas standard (requirement) untuk dpt phd. sama ada ia berkualiti atau tidak, itu akan ditentukan dlm mileage seterusnya. Untuk makluman, pensyarah atau calon yg buat phd tidak hanya mahu 52 atau 51 selepas convo, they expect profesor ulung.

Kalau u nak jadi ulung, kena bermula dengan phd.

selamat mencuba.

February 20, 2013 at 1:53:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Buatla phd..kalau berhasrat untuk melangkah jauh dlm bidang akademik. Kalau bukan akademik mba pun dah cukup

August 13, 2013 at 7:13:00 PM GMT+8  
Blogger gafil said...

Phd is vital for academician. Nobody can't deny the fact that it is critical to have this degree in order to widen one's perspective on the field of knowledge. Matter od fact, knowledge is wisdom. Don't give any lame excuse not to pursue further studies.

August 15, 2013 at 6:19:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Pemegang PhD perlu ada perbezaan:

1) Tanpa pengalaman
2) Berpengalaman luas
3) Mempunyai kemahiran lain

Ini semua perlu ada cara pengukurannya.

Jika swasta menggunakan kelayakan dan pengalaman untuk penentuan jawatan dan gaji, kerajaan pun perlu buat yang sama kerana ini adalah cara yang terbaik.

Sistem kerajaan sekarang adalah rigid dan kurang menilai tahap kelayakan, pengalaman dan kompeten seseorang pekerja.

September 15, 2013 at 10:08:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

aku rasa gaji phd holder patut dinaikkan tiga kali ganda daripada sekarang..baru lebih ramai berebut-rebut ambil phd..baru semangat orang2 muda nak ambil phd..bukan senang buat phd..kalau semua orang boleh buat.dah lama nenek kau ade phd..haha..semua org tau ikhlas tu penting..tapi bile hidup tersepit..macam mana nak tolong orang kalau diri sendiri pun tak tertolong...bagilah extra extra insentif pada pdh holder...kalau jeles buatlah phd jugak..

August 22, 2014 at 11:00:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Ni la MELAYU. Penuh hasad dengki. Tak boleh tengok orang lebih sikit dari dia. Habis tu yang belajar sampai PhD ni takde kecemerlangan dalam akademik ke?? Mungkin awak ni senior kot, yang tak dapat privilege mcm ni. Bersyukur la dgn rezeki Allah bagi. Sekian.

March 2, 2015 at 11:03:00 PM GMT+8  
Blogger Unknown said...

Tak patut ada phd jadi syarat mutlak jadi kanan. Yg senior dan cemerlang juga ada publication pun layak jadi senior.

January 28, 2016 at 9:58:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Ohh...Kerani .....macam profesor berhujah ...
# gurau sajooo

February 3, 2016 at 2:05:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Saya hanya manusia biasa saja. Dalam Islam kalau kita rajin beribadat maka pahala pun banyak. So sama jugak la kalau yang dapat phd tentu nak lebih kan?? Dah fitrah manusia nak buat macamana. Cuma agak kecewa cerdik pandai dalam group ni sometime buat statement mcm bukan pemilik phd jer...

May 26, 2016 at 8:26:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Saya tidak bersetuju dengan penulis. Ini kerana saya merasa sendiri bagaimana pengalaman buat phd itu sendiri.
1) Penyelidikan phd itu bukan sekadar penulisan. Di dalamnya, di setiap bait ayat adalah bukti penat lelah penyelidik. Memang senang nak baca 1 ayat, tapi pernahkah anda tahu dalam 1 ayat tu perlu dirujuk daripada pelbagai sumber lain? perlu disintesis dgn idea sendiri.. perlu khatam teori-teori, model atau kerangka berkaitan.

2) Perlukan penerbitan. Disyaratkan membuat penerbitan jurnal berwasit atau berindeks seperti scopus atau ISI. Kalau tak berkualiti, tiada la kes artikel kena reject!

3) Pembentangan dalam dan di luar negara untuk meningkatkan kebolehan pembentangan, komunikasi dan memperkukuhkan networking dengan orang luar. Penyelidik adalah perlu untuk berkolaborasi dgn industri dan orang luar untuk laksanakan pelbagai projek.

4) Tekanan semasa sesi proposal defense, mock viva dan viva sebenar. Berapa kali hasil kerja boleh di reject, berapa kali jatuh bangun dan berapa banyak emosi terganggu dalam proses ini.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman yg tak dapat saya ceritakan secara terperinci di sini melainkan anda betul betul mengalaminya sendiri. Phd bukan untuk semua, tapi jika anda dah bersedia dari sudut fizikal, mental dan emosi, sila kan daftar sebagai pelajar phd dan sila kan merasai 'keperitan' itu. Walau anda pensyarah yang ada master sekalipun, belum tentu anda akan menggenggam phd jika anda berani sambung pelajaran anda. Jadi adakah salah jika mereka yg ada phd diberi imbuhan/saguhati setelah hasil kerja keras mereka bertahun-tahun?. Jangan iri hati, jika nak gaji DS51/DS52 sila kan sambung belajar. Oh ya, jika phd tak berkualiti, masa viva tu pasti tak lulus. Tiada istilah phd tak berkualiti jika dah lulus viva dan bergraduasi.


December 5, 2016 at 6:55:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

up

October 15, 2018 at 12:26:00 AM GMT+8  

Post a Comment

<< Home