Thursday, January 17, 2008

Pensyarah boleh kerja hingga umur 65 tahun


Berita Harian - 14 September 2007

Kementerian cadang sambung kontrak jika berupaya jalankan tugas

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi bercadang menyambung kontrak perkhidmatan pensyarah hingga berusia 65 tahun jika mereka masih berupaya bertugas dan memberi sumbangan dalam sektor pendidikan.

Pada masa ini, pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanya dibenar menyambung kontrak dua kali setelah bersara wajib pada usia 56 tahun. Setiap kontrak itu adalah bagi tempoh dua tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, bagaimanapun enggan mengulas bila cadangan itu akan dikuatkuasakan.

"Kontrak khidmat pensyarah ini diperlukan sama ada untuk mengajar atau menyelidik," katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam.

Beliau juga mengesahkan kerajaan sedang berunding dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan gaji permulaan pensyarah universiti awam yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) bagi menarik minat graduan terbaik bertugas dengannya.

Katanya, kementerian juga akan mendapatkan persetujuan JPA untuk melantik lebih ramai profesor gred A yang menyamai skim gaji Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) A.

aji yang lebih tinggi daripada Jusa A," katanya.

Skim pensyarah universiti yang baru, diklasifikasi perkhidmatan pendidikan dalam kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional untuk pemegang PhD (Gred DS51 P1T1) bermula dengan RM3,976.93 manakala bagi pemegang ijazah sarjana gaji bermula dengan Gred DS45 P1T1 iaitu RM2,213.96 sebulan.

Gaji maksimum profesor Gred Khas A ialah RM9,039.80 sebulan.

2 Comments:

Blogger Nina said...

Khidmat pensyarah sehingga berumur 65 tahun masih lagi diperlukan kerana mereka sudah mantap dengan ilmu dan pengetahuan. Berbanding dengan yang masih muda (35 tahun - 45 tahun), mereka ini masih lagi terkial-kial untuk mencapai tahap penyelidikan seperti pensyarah 'emas' ini. Walaubagaimanapun, hasrat kerajaan untuk menaikkan pangkat pensyarah baru phD DS45 ke DS51/DS52 inilah yang akan menaikkan semangat lebih ramai cerdik pandai untuk kembali berkhidmat di Malaysia. Ramai warga Malaysia yang mempunyai phD berada di US, UK dsbnya lebih suka bekerja di luar negara kerana gaji lumayan. Bukannya mereka ini tidak mahu berkhidmat di negara tercinta tetapi gaji kecil jika kembali bekerja di Malaysia disamping menyara hidup keluarga..membuatkan mereka terfikir akan bebanan kos hidup yang terpaksa ditanggung jika bekerja di Malaysia ditambah lagi dengan hutang semasa belajar Diploma, Ijazah dan Ijazah Lanjutan. Gaji phD yang tidak jauh beza dari mereka yang mempunyai Master, membuktikan sudah masanya kerajaan memperakui tahap pendidikan phD berbanding Master dengan memberikan kenaikan DS51. Bukannya mudah mendapat phD samada di luar negara atau dalam negara. Jika pelajar phD di UK, Jepun atau US, kita diperlukan untuk menerbitkan penyelidikan di peringkat International. Kalau penerbitan setakat 'low rank', ertinya pelajar tu belum cukup mantap lagi dalam penyelidikannya! Oleh itu, mempunyai phD pada zaman sekarang layak untuk mendapat DS51kerana mempunyai penerbitan yang bermutu tinggi! Saya dan rakan-rakan yang mempunyai phD sangat-sangat mengalu-alukan hasrat kerajaan menaiktarafkan pensyarah PhD baru dari DS45 ke DS51! Bukannya untuk berbangga diri dengan kenaikan tersebut tetapi ini akan lebih memantapkan lagi mutu kerjaya seorang pensyarah yang bukan hanya setakat MENGAJAR tetapi juga melakukan PENYELIDIKAN (inilah yang membezakannya berbanding profession sebagai guru!). Walau apa pun, kerjaya murni sebagai pendidik samada guru atau pensyarah, mereka adalah tunggak utama penyumbang kepada kemantapan ilmu dan intelek warga Malaysia.

July 10, 2008 at 9:53:00 AM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Saya seorang pensyarah.Secara peribadi saya rasa gaji profesion pensyarah ni dah lebih dari cukup. Saya bersyukur, dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana komited untuk memajukan bidang pendidikan dan penyelidikan di Malaysia. Tp budaya penyelidikan harus dipupuk sejak kecil. Bukan setakat diberi insentif. Penyelidik perlu ada kesedaran dlm jiwa utk memberi sumbangan 110%. Naluri dan budaya 'mengkaji' dan 'menyelidik' perlu ada kalau kita nak berjaya dalam penyelidikan. Selama ini ada kalangan kita yg suka menyelidik wlupun tkde insentif. Golongan inilah yg perlu dihasilkan supaya lebih banyak. Kalau dlm jiwa penyelidik takde semangat nak mendidik atau menyelidik, jawabnya makan gaji 'buta' (menumpang sumbangan pensyarah lain yg berhempas-pulas). Bagilah berjuta RM sekalipun. Kerajaan perlu peka terhadap pendidikan dan pembudayaan bidang keilmuan di peringkat 'akar umbi'- prasekolah, rendah dan menengah, melalui peningkatan mutu pendidikan yg berterusan,jgn harap nak rendahkan gred saja. Yg penting kualiti, bukan kuantiti. Selama ini kerajaan berjaya dlm membangunkan pendidikan ke tahap skrg. Jd tak mustahil kita boleh capai lebih lagi. Apapun, syabas pada kerajaan dan semua pensyarah / penyelidik di Malaysia.

De'UPM

December 4, 2012 at 3:00:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home