Saturday, May 22, 2004

Tunas-tunas yang tumbuh ..mampukah ia bertahan,dilindungi dan berkembang

Bismillah,

Kenangan manis seminggu yang lalu masih lagi panas di jiwa ini. Kenangan manis itu sering kali datang terbayang-bayang di ruang pemikiran.. menyentak bibir tersenyum sendirian. Terima kasih Allah di kala ombak dugaan Mu datang menguji engkau anugerahkan kemanisan kehidupan buatku .Kekuatan dan semangat yang datang dari hari semalam itu juga menjadikan aku tunas baru ..tumbuh di kalangan tunas-tunas baru di dalam rimba penulisan maya.

Kali ini baru aku rasakan ..aku mahu tumbuh dan berkembang bersama rimbunan pepohon yang kukuh. Aku tumbuh dengan segera bagaikan tak sabar-sabar menandingi si pepohon tua kerana aku ingin bersama-sama ia tinggi mencari sinar sang mentari..bukannya berada di bawah sepi dan terhalang. Aku gembira ..aku gembira ..aku gembira ..kerana sang pepohon menghulurkan dedaunnya menyambut aku yang masih kecil dan hijau ini .terima kasih ..terima kasih ..terima kasih ..tiada lagi ucapan hati mampu aku hulurkan .Aku sudah bermimpi ..aku sudah terbayang kembang mekar ,indah dan kuat melingkari dan menghiasai rimba maya ini.

Tiba-tiba aku bagaikan tersentak..pohon kayu disana mula retak ,patah dan layu ...dan tiba-tiba lagi nun disebelah sini aku mendengar juga retakan sang pepohon tua yang lain..yang dahulunya begitu kuat menggadang rimba ini. Rentak ku mu bergetar ..tumbuh besaranku mulai perlahan sejenak ...berfikir ..kenapakah mereka pergi ...terasa sunyi ..terasa sepi ...mimpi-mimpi lalu tak mampu aku kutip dan pegang lagi seperti semalam . Aku takut ...adakah aku mampu tumbuh menjadi sang pepohon tua ..masih ada lagikah pepohon tua yang lain memayungi kami si tunas-tunas baru . Jika mereka pergi dan layu tanpa meninggalkan jejak ...bagaimana? .

Kenapa perlu lagi mereka berada di sisi rimba ini jika itulah takdir menentukan mereka perlu pergi .Tapi kami si tunas-tunas baru masih mengharapkan bantuan sang pepohon tua walaupun ia sudah layu ..janganlah pergi tidak berjejak ..tinggallah bersama-sama walaupun yang ada hanyalah batang yang beranai .Kami perlukan kekuatanmu ..kami perlukan batang beranai mu untuk kami mekar dan berlindung .

Jangan pergi ..jangan pergi ..jangan pergi . binalah kami si tunas-tunas baru ..berilah kami kekuatan dan lindungan sehingga kami mampu menggamit angkasa rimba maya ini mencari dan menadah sang mentari .

Di hujung sana mula kedengaran suara ngiang bising sang cengkerik ...umpama memekik sesuatu kepada si tunas baru .Kenapa perlu kamu bimbang ..kenapa perlu kamu gundah ..bukankah tumbuhmu bukan kerana rimbunan pepohon-pepohon tua itu ..bukankah tumbuhmu bukan kerana rimba ini ..patutnya kamu tumbuh kerana semata-mata diri kamu ..bukannya kerana ingin tumbuh bersama sang pepohon rimba ini .Kamu adalah kamu ..tiada pepohon tua itu ..tiada rimba ini ..kamu mesti mampu tumbuh jua ...

Aku terkedu .. aku bertafakur sebentar .. kata-kata sang cengkerik ada benarnya .tapi ..tapi ..tapi salahkah...kalaupun aku mampu tumbuh sendiri tetapi memilih untuk mekar di rimba ini. Mekar di bawah pepohon kayu tua .Itu pilihanku ..itu kehendakku ...nyah pergilah sang cengkerik ..nyah pergilah bimbang gundah ..aku dan si tunas-tunas baru akan bakal menjaga mekar dan mewarnai rimba ini .Tunas-tunas yang baru mewarna ini bakal menggadang rimba ini!.Tuhan ku ..kurniakan kami cahaya Mu ..berikan kami kekuatan Mu melalui titisan hujan yang turun .

*siapa mampu mengurai maksud di atas ..sila nyatakan dalam comment..apa yang ingin aku sampaikan ..berhubung dengan siapa?

Friday, May 21, 2004

Aku ,penulisan,diari dan weblog

Bismillah,

Penulisan

Aku begitu berminat dengan penulisan.Tetapi bukan semua jenis penulisan. Aku suka dengan seni tarian bahasa ,lenggokan madah dan perkataan-perkataan yang begitu tepat atau membayangkan dengan baik dan menarik jiwa dalam menggambarkan maksud yang ingin disampaikan seperti yang sering digunakan di dalam novel ,jurnal ,madah puisi dan lain-lain. Tetapi jika terlalu 'bombastik' dan memerlukan aku berfikir panjang giler ..aku jadik malaih dan tak berminat. Aku suka membaca tetapi aku jarang menulis ..entah kenapa ..mungkin kerana membaca adalah lebih senang daripada menulis .Mungkin! tetapi menulis memerlukan tumpuan dan mahir dalam lenggok bahasa .Aku.. Aku.. rasa aku tak berapa reti nak menulis .Jadik aku lebih tumpukan aktiviti aku dalam arena pembacaan dan jarang sekali aku cuba untuk memasuki arena penulisan .
Kalau penulisan novel aku lebih suka yang ada unsur dakwah ,nilai-nilai murni,cinta-cinta minat gak,ayat2 power berseni ,ada unsur-unsur keagamaan atau nilai-nilai agama pada hero dan heroin ..hehe selain daripada tuh ..sorry ! aku kurang ...kisah2 curang ker ,kegelapan/kejahatan kota raya ..emm sorry aku malaih nak baca.


     


Diari

Sejak dari dulu berhajat untuk menulis diari ..mencatit aktiviti2,pendapat,perasaan etc aku pada hari-hari yang aku lalui supaya aku satu hari nanti bila di hari kemudian boleh aku membelek2 diari aku itu dan mengingat kembali kejadian hari semalam serta tersenyum sendirian ..tetapi aku selalu terkandas di tengah jalan..nak tahu kenapa ...
pertamanya ..bila aku menulis aku jadik cepat bosan sebab aktiviti-akitiviti aku setiap hari hampir sama ,jadik aku bertanyakan diri aku kenapa aku perlu menulis ..jika benda yang sama jer aku catat tiap2 hari.!. Kemudian aku berhenti menulis ...then lepas tak berapa lama ..aku cuba menulis semula ..seperti biasa aku akan terkandas semula..

Weblog Online

Aku mengenali weblog online ini 2/3 tahun yang lepas melalui rudy.Aku begitu berminat dengan gaya penulisan yang bersahaja tetapi begitu memberi kesan pada hati ..terdetik dalam hati 'aku nak menulis macam tuh jugak' dimanakah rahsia blogger2 ini sehinggakan mampu memberikan penulisan sebaik itu .Aku fikir2 aku rasalah... mungkinkah adakah mereka ini mempunyai pelbagai dugaan kehidupan menyebabkan mereka mampu menyampaikan sesuatu cerita dengan baik...aku ..aku pulak ..hidup aku terlalu membosankan ..terlalu sama aktiviti hariannya ..pemandanganku setiap hari pada setiap benda sama saja! macammana aku nak bercerita kepada orang lain .Salah aku jugak kerana aku lebih suka life macam tuh ..aku takut pada dugaan yang berat2 ..sebab aku tak mampu nak tanggung ..jiwa aku terlalu kecil dan begitu sensitif(walaupun badan besar..hehe) ..bila dugaan terlalu berat ..aku jadik tak stabil ..aku selalu berdoa pada Allah agar tidak memberatkan aku dengan benda yang tak mampu aku tanggung ..dan inilah hidup yang aku minta ..dan aku redha.



Satu lagi perkara yang aku perasan yang menyebabkan aku terkandas dalam menulis blog ..kerana bila aku menulis ..diri aku yang sebenar(baik & buruk) akan mula menjelma jelas di khalayak ramai . Aku tak suka ..tak suka ..aku tak suka!!..aku bukan jenis yang suka open diri aku kepada orang lain... aku paling tak suka jika ada orang mengetahui keburukan aku ...kalau aku ada masalah dalam diri aku akan cuba sembunyikan dan selesaikan dengan sendiri ..jika aku perlukan pertolongan ..aku akan pastikan yang mendengar dan mengetahui masalah aku hanya orang yang aku percayai bukannya dibuka kepada orang ramai .Apabila aku menulis... untuk melindungi perkara diatas aku terlalu menapis apa yang ingin aku ceritakan ..akhirnya aku jadik bosan dan aku pasti pembaca juga akan bosan kerana aku rasa cerita yang terlalu ditapis tidak akan sampai maksud dan tujuan cerita tersebut ...dan aku terkandas lagi..dan lagi

Satu lagi berkaitan dengan prinsip ..sesetengah blogger akan berkata mereka menulis bukan kerana ingin publisiti tetapi kerana untuk meluahkan pendapat ,idea2, dan kisah diaorang ....aku rasa betul jugak prinsip tuh ...tetapi bagi aku ..aku rasa aku memerlukan pandangan ,kritikan ,sokongan,semangat,kutukan?(ekk emm oklah ..tapi jangan kutuk banyak2 ..nanti aku tembak kang..hehe) daripada orang lain ..ia umpama pemangkin untuk aku menulis ..seperti kereta yang memerlukan petrol untuk bergerak. Berperang dalam hati which one is better ..last sekali tak payah tulis laaa..baca jer lagi bagus ..hehe

another reason lagi ...bila kita bila menulis ..for sure kita menulis melibatkan orang yang berada disekeliling kita ..jika benda yang aku alami ok..tentulah aku tulis benda yang baik terhadap2 orang-orang yang terlibat .tetapi jika sebaliknya adakah perlu aku tulis ?jika aku tulis jugak ..bagaimana jika dia membacanya ..dia tentu terasa hati kan..paling teruk bermusuh dengan aku ...jika aku menceritakan perasaan sayang ,benci terhadap seseorang yang hanya hati aku sahaja tahu dan tak mampu aku luahkan ..jika dia terbaca ? aku yang malu ! aku yang menerima kesannya! jadik kenapa aku perlu menulis ..biarlah ia terpendam didalam hati ini ..aku rasa laaa...aku terkandas lagii...lagi..dan lagi..

Aku rasa jugak bahawa aku nih jenis 'good listener' ..Ini aku rasa ler then diakui oleh kengkawan dan adik-beradik aku .. mungkin life yang mengajar aku jadik gitu kot..Aku kalau orang bercakap dengan aku ..aku akan mendengar dengan penuh perhatian ..jika aku tak mampu nak beri perhatian ..atau nak buat kerja lain ..aku akan mintak excuse dan tak biar dia bercakap ngan aku ..aku really2 peka bab ini .Tapi aku pulak bukan a good advisor sebab aku cepat terpengaruh dengan suasana dan keadaan dan aku akan advise ikut emosi dan keadaan aku time tuh. Jadik mungkinkah itu bermaksud aku nih better menjadi 'pembaca' dari 'penyampai' ....waAlahuaqlam

Apa kata anda? perlukah aku menulis lagi dan lagi ...?! adakah aku terlalu berfikiran negatif?

Monday, May 17, 2004

KLD..satu memori ,satu persahabatan,satu kisah

Cerita disebalik perjalanan ke KLD

Bismillah ,

Aku sudah lama mengikuti perkembangan geng jurnal ,semenjak aku mengenali rudy(bluehikari.com)* ketika aku masih menuntut di tahun 3 di jepun .Ketika itu aku hanya mengikut rentak keyboard ..bermain-main dan sekadar hanya melihat .Dari link ke link aku petik mouse ku ,sekadar ingin melihat mungkin ada sesuatu yang menarik di antara untaian link-link ini(sebab tengah bosan giler ,nak baca buku malas) . Tiba-tiba aku terpaku pada satu teratak maya (bluehikari.com )* dengan latar belakang ...agak gelap dan alunan muzik yang mengasyikkan.

Lantas aku buka dan membaca apa yang tertulis di dalamnya .Dari perkataan pertama sehinggalah berlaman-laman entry aku baca....begitu mengasyikkan ..mengharukan ..mendebarkan hati ini ..setiap ayat yang dinyatakan begitu memberi kesan kepada sanubari .Ditambah dengan lagu melodi yang aku rasa begitu sesuai dengan mesej yang ingin di sampaikannya ataupun yang ingin diluahkannya.Tidak hairanlah muzik begitu penting sehinggakan produksi hollywood sanggup menghabiskan wang yang banyak ,hanya sekadar ingin memastikan muzik yang mengiringi filem mereka adalah muzik yang betul dan tepat..jika tidak cuba bayangkan jika lagu siti nurhaliza 'aku cinta padamu' dialunkan ketika rambo hendak datang menyerang puak vietnam ..hehe..

oppsss kita kembali kepada cerita aku yang tadik. Dari sehari ke sehari aku mengikutinya , aku rasa ia begitu menarik dan tertarik . Lalu aku kenalkan dan ceritakannya kepada kengkawan sepengajian di jepun ..antara yang terpengaruh adalah sahabat baikku izuddin ..dato bandarsepi(bandarsepi.blogspot.com) .Mamat addeen ini memang berbakat besar dalam berpidato ,bercakap dan menulis .Jadi tidak hairanlah ..bila aku kenalkannya kepada dunia blogger ..dia terus menulis lebih awal daripada orang yang menyampaikannya (kutuk diri sendiri)..aku pulak bukannya tak mahu menulis ..malahan sudah start menulis tapi disebabkan sebab2 teknikal aku selalu terkandas di tengah jalan. Emm nantilah aku ceritakan sebab2 nya ..sebab nanti tak sampai pulak tujuan tajuk yang aku ingin sampaikan di dalam entry ini .

Jadik setelah aku mengenali rudy ..aku mula mengenali blogger2 yang lain ..yang tidak kurang hebatnya ..mempunyai cara dan persepsi yang menarik serta berlainan untuk menyampaikan, menunujukkan dan meluahkan idea2 kisah2 mereka.

Selang tak berapa lama setelah itu ,aku mengetahui bahawa sekelompok blogger2 telah mengadakan perjumpaan kecil-kecilan dan kemudiannya perjumpaan agak besar di KLCC..di dalam hati terdetik .."aku nak join la benda2 macam nih ..bilalah agaknya ...sekarang nih kat jepun ..so nantilah bila aku balik ke malaysia".. Impian ini tidak pernah padam ..sehinggalah Allah makburkannya pada tanggal 15-16 mei 2004 di kem lambaian danau (KLD) ..itulah detik yang ku kira satu satu memori ,satu persahabatan dan satu kisah yang best!! yang dicoret/tercoret dan aku alami dalam diari hidup .

Hari ini 17 mei 2004(hari buat dan kemaskini blog) ,nanti akan datang tarikh 29 mei ..maka akan genaplah setahun aku pulang ke Malaysia .Selama setahun aku bergelut dengan kehendak hati ,arah tujuan hidup dan sebagainya ...tapi pedulikan itu semua ..kerana entry ini aku tujukan khas buat KLD. Selama hampir setahun aku di malaysia ..hajat aku dahulu untuk bersama-sama berkenal2an secara live dan join aktiviti diaorang masih tidak kesampaian ..sehinggalah satu hari aku bukak jurnal.biz ..terpampang flashbanner KLD ..hatiku berbisik dan melonjak kegembiraan .."adakah ini langkah pertama yang patut aku ambil" dan aku hampir pasti jawapannya .

Aku terus mengambil maklumat2 yang dinyatakan ..dan terus membuat pembayaran penyertaan. Terima kasih tipah (tipahvogue) kerana banyak membantu (tapi tiada rezeqi untuk berjumpa di KLD)

KLD ..untold story

Part 1

Bismillah ,

15 mei 2004 ,6:30 pagi ..bangun untuk mandi dan solat subuh ..terus bersiap-siap untuk pergi ke KLD .Aku terpaksa datang ke Kuala Lumpur untuk pergi ke KLD kerana cara untuk pergi dari johor tidak dinyatakan dalam web KLD(dengan bas ler ..sebab aku takder keta) so aku datang KL dan tumpang gengjurnal yang gi KLD..(13 mei 2004 ..aku ada call geju..tak diangkat ,masuk peti suara ...tulis email ..takder respons ..so salah siapa?salah diri sendiri sebab tak call tok rimau ..kihkih).

Bagus jugak mungkin ini adalah ketentuan Allah yang lebih hikmah .Aku nih selalu melalut laa ..sorry ...ok sambung balik citer ..so aku dari rumah akak aku ..aku turun naik teksi ke stesyen lrt maluri then naik lrt ke stesyen lrt bukit jalil. Aku baca dalam blog dikehendaki hadir dalam pukul 8:00 am tepat !!. So aku memastikan diri aku sampai sebelum pukul 8:oo atau lebih tepat 7:55 aku sampai di stesyen lrt bukit jalil .




Sampai sana aku mencari kelompok kumpulan melayu berkumpul ..emm ada beg baju besar.. so aku cuba carik description diatas ..aku nampak ada group girls dengan beg baju ..tapi aku tak berani tegur ..takut salah orang ..malu jer . Lepas tuh aku cuba sms ajk pengangkutan ...tetapi tak berbalas ..heeeeemmmmm macammana nih betul ker aku kat sini ... last2 sekali aku memberanikan diri untuk bertegur sapa dengan group girls tadik.. aku jumpa first sekali mely and siti..ramah dan pemurah dengan senyuman ,then Mely cakap diaorang pun nak gi KLD .



So ini juga bermakna aku tak silap information(mana tahu informasi berubah disaat akhir)...membuatkan aku lega sebab tak silap group .So aku berkenalan dengan group girls ..tuh kalu tak silap aku(ana ,shah,salina)..sebab niat aku datang dah jelas nak berkenal-kenalan dengan geng jurnal.

heeeemmmmm mendengus panjang aku ,bila lihat jam kat hp dah pukul 8:30 lebih ....aku mula dok kutuk2 gak dalam otak..(jangan mara geju, aku tahu korang ada hal darurat..saja aku nak citer pasal pengalaman aku ) ..bukan aper aku didedahkan dan dilihatkan dengan pentingnya penjagaan masa ,ketika aku duduk selama 4 tahun kat jepun.Aku lihat dan alami sendiri ..begitu orang kat sana mementingkan masa .Senangnya aku bagi contoh jer laa.. jadual perkhidmatan keretapi lrt atau bas awam ..jadual diaorang katakan pada pukul 8:53 sampai di stesyen A ,maka memang akan sampai tepat pada masanya .

Lrt mungkin boleh control tapi yang aku tak tahan tuh ..hehe bas pun sama gak..memang terror betul pakcik yang bawak bas tuh..jika ada berlaku kelewatan memang kerana gempa bumi atau eksiden besar aaa.. kalau tidak jadik isu besar aaa...dan tengok jerlah dalam alam persekolahan... aku kalau pergi kelas ..lambat sesaat pun akan dikira lewat ..siap potong markah aaa... kat sana kehadiran ada percentage utk markah keseluruhan subjek ..kekadang tuh ..janji korang pergi jer kelas ..sure lulus walaupun tak reti buat final exam..kihkih tapi jangan tiru ler benda last tuh ..hhehe..memang respect betul jepun2 nih aaa.. walaupun bukan islam ..diaorang giler babi lebih nilai islam dari orang islam sendiri ..bukan kutuk orang lain aaa..kutuk diri sendiri .. aku pun sama ..'follow the band wagon'..

Then lepas tuh baru gengjurnal yang lain datang ,alhamdulillah jawap hatiku ..selepas itu aku jumpa dengan fariz(saljubiru),rudy ,poad manmoncang ,spyz & family ,amyz,unag ,hanyasayang,nettbiru,anis,mie,salina(yang aku terlupa maaf ..mention ler kat aku ..nanti aku edit..hehe) .Aku paling seronok sebab jumpa rudy secara personal ..sebab aku memang dah hajat lama giler nak jumpa dia ,sembang ngan dia ..almaklumlah orang famous geju ..+ senior aku kat jepun +plus orang pertama yang memperkenalkan aku pada dunia bloggers.Satu lagi aku citer masa first time jumpa unag ..perghh giler aaa unAg datang dengan penuh ranggi ..kihkih ..siap dengan misai, janggut, rambut panjang ala-ala ramli sarip ..siap dengan t-shirt metallica tuh aaa...aku punya cuak aaa ..tp bila berkenal-kenalan, simple and cool jer mamat nih .. siap jadik camp-mate and kawan lawak aku lagi masa kat KLD ,siap solat awal daripada aku tuh aaaa..hehe malu aku (Tup tup tengok kat my space unag..blajar kat US tuh aa..english macam ayaq aaa..)..caya lu lah unag ..



Aku naik keta rudy ..Lepas tuh kitaorang bertolak ke kld 9:45 am ,On the way ambik attok kat lrt serdang ,then singgah di R&R untuk makan breakfast then terus bertolak ke KLD.DAlam kereta ..sembang2 ngan rudy baru aku tahu macammana geng jurnal begitu komited dan berkorban untuk aktiviti geng jurnal. Rudy.. malam sebelum nak bertolak ke KLD hanya tidur sejam sebab kena bertugas di pos kawalan PKN UPM sampai pukul 6:00 pagi .Attok yang kena handle treasure hunt ..tidur lewat pagi ..letih2pun..tapi sanggup jugak datang, kak ungku nor sanggup bangun awal pagi semata2 nak buat muffin untuk kitaorang(aku baru tahu ..bila baca jurnal kak ungku),tok rimau sanggup 'mengelat' daripada handle and join satu kursus fakulti..siap bagi reason ada kenduri adik beradik wajib pergi tuh aaa..tak tahan betul aku ..kihkih(habislah rahsia tok rimau ..nanti dia carik aku kat bilik)..MIE (yang sanggup bersengkang mata ,datang join kejap then balik malam tuh sebab esok pagi kena hantar report kerja etc)....giler babi aku cakap dalam hati.Dari mana datang kekuatan itu ..walaupun aku baru join hari tuh tapi terasa kekuatan ukhuwwah begitu kuat..bayangkanlah aku yang tidak kenal sesiapa ..tetapi disambut dengan senyuman mesra tanpa bias ..menampakkan keikhlasan ...perghh aku tak tahu nak citer..aku rasa korang pun tahu laa..thanx!! .Dan aku percaya ramai lagi yang telah berkorban utk geju ..tak perlu aku sebut satu-satu, korang boleh dengar dan baca dari jurnal2 diaorang or dari orang lain.



Hendak dijadikan cerita ..on the way ..kereta hanyasayang telah rosak di tengah jalan...happening..happening betul ...yang bestnyer rosak tempat strategik lak tuh ..tahu-tahu jer dia nak rosak ..pilih spot baik punyer .Jumpa kak ungku nor and family ..plus makan muffin yang kak ungku buat ...pergh sedap giler ..habislah tak leh nak slim aku..hehe..Aku sampai sana ,aku tengok dah dua tiga keta dah sampai ...wahwah aku ulang sekali lagi ..kuatnya ikatan ukhuwwah geju..walaupun sekadar datang tengok dan hulurkan simpati(sebab semua bukan pomen, tengok jer la..kihkih)..tapi sebenarnya itu lebih besar pahalanya ..sekurang-kurangnya menenangkan jiwa orang yang mengalaminya .
Then kita orang bertolak dahulu(tunggu pun tak leh nak buat apa) ..hanya sayang ditemani fariz(saljubiru)dan amyz.lepas tuh apa jadik kat keta hanyasayang korang check ler hompage hanyasayang yer ..aku tak tahu..hehe.



Part 2( untold story)

Bismillah,

OK ..lepas tuh ..dipendekkan citer kitaorang sampai kat KLD .MAsa tuh baru jumpa tok rimau ,wakdin,purbe ,nida ,mat jan,KAk G dan lain-lain(nak sebut ramai sangat).Daftar nama and then ambik name tag ..aku syok giler ..sebab name tag peserta macam nih yang aku dok mengidam nak pakai ..sebab aku dulu duduk jepun mana ada name tag macam nih ..aku jeolous tengok member2 aku kat malaysia yang siap buat collection name tag aktiviti diaorang....hehe aku baru nak mula dengan satu name tag.

Emm tentang kecantikan KLD nih memang cantik dan menenangkan ...rasanya better korang tengok gambar KLD daripada aku citer ..picture worth than a thousand word kan.....hehe.. Memang rugi sesiapa yang tak nak pergi ..kihkih saja jer nak menyesakkan nafas orang yang tak nak gi ari tuh ..kihkih.

Anyway ..aku malas nak citer detail aktiviti kat sana..aku rasa ramai yang dah citer detail ..cumanya aku nak citer version,pandangan ,kisah aku di sepanjang KLD.
Lepas pasang khemah ngan unag my camp-mate ...kitaorang gi sessi ice breaking ..semua dipecahkan kepada 4 kumpulan ..kumpulan matjan ,poad ,spyz dan fariz(saljubiru).
Kitaorang kena buat satu logo dan lagu .lagu ada dua syarat 1.lagu budak2 yang diubahsuai 2. merangkumi semangat geju .

Aku menggelabah giler time discussion sebab aku tak nak jadik ahli yang tak menyumbang ..tapi disebabkan aku memang tak terror lukis ,menyanyi lagi ler aku memang fail! macammana nak menyumbang aaaa?!!(satu lagi sebab gabra sebab aku tak kenal seorang pun dalam kumpulan tuh sebelum nih). Lepas tuh aku guna konsep hentam kromo kasi idea jer ..kira brain storming aaa..takkan nak pasif aaa..aku nak menyumbang jugak sesuatu ..aku cakap apa kata kita letak muqaddimah lagu assalamualaikum kumpulan raihan ..mat jan kata ok ..tapi amyzz cakap tak leh sebab tak penuhi syarat (walaupun lepas tuh ada kumpulan langgar gak syarat tuh ..hehe..tapi itu diaorang ..ini cara kitaorang...) betul jugak ..follow the rule ekk..tapi puas! paling kurang aku cuba menyumbang sesuatu daripada menjadi pasif .



Then kitaorang decided untuk guna lagu tanya sama angin then diubahsuai...aku respect ler mat jan ..sebab attitude dia ..cara dia yang lawak giler ..masa tuh menyebabkan semua yang masih kekok rasanya ..jadik ceria dan dapat sama-sama join aktiviti tu ..kalau aku kena handle ..mati katak aku ..hehe but ini adalah pengalaman. Time macam nih memang memerlukan watak seperti mat jan memimpin...tapi kalau dalam organisasi syarikat mungkin memerlukan orang yang jenis lain .WaAllahuaqlam .Masa nak tulis senikata ..aku offer diri aku ..walaupun tulisan aku buruk aaaa ..kihkih aku tak kira ..janji aku nak sumbang jugak ..lantak aa orang nak kata apa .



Lepas tuh masa nak present tuh aaa..aku cuak gak tengok geng lain macam power jer..hehe .tapi aku tegur diri aku masa tuh jugak aku cakap...tak kisah lah geng lain macammana.. yang penting aku and my geng buat yang terbaik yang mampu kami buat..itu yang penting...who knows you better than they all ...benda dah jadik banyak kali kat aku ...nak pendekkan citer ..aku rasa memang macam kitaorang boleh menang kihkih dengan semangat ahli kumpulan aku plus karisma ketua kumpulan aku mat jan dengan lawak2 superb!! berjaya menggamatkan ahli dewan rakyat.. hehe ..tapi ini kan sekadar suka2 bukan nak menang ..so tok rimau declare semua seri ... then dalam pukul 3:45 gitu ..urusetia dah panggil semua bebudak berkumpul dan bersiap untuk program water confident sebelum program berkayak .Aku nih jenis malaih jugak akiviti outdoor nih sebenarnya tapi join jugak ler sebab geng jurnal kan .

Tapi bila dah join ramai2 ngan geng jurnal best la pulak . Time water confident tuh ..emm aku rasa ok laa sebab aku pun tau berenang sikit2 ..klu pakai life jacket kira hero aaaa (confident giler!) ..tapi aku tak berani aaa nak cakap benda2 tak senonoh macam tuh kang..ada yang tak elok berlaku ..aku jugak yang teruk .kIHkih aku nak kutuk matjan gak ..(kesian matjan banyak weblog dok kutuk mat jan gak)..tak biasa tarapung dan tak berapa reti berenang ...tapi2 lepas petang tuh ..mat jan dah power..cover balik kihkih.



Habis tuh ada tea brake ngan bubur kacang hijau,bubur kacang merah? entah tak sure nama aper ..sedap! tapi bubur kacang merah tuh macam kurang manis ..masih tak dapat menandingi bubur kacang merah tok aku ..yang manis dan lemak berkrim (sorry kak G ..sedap tetap sedap!kihkih)

Time berkayak ..aku partner ngan dodah ..aku nih berkayak 2/3 kali jer experience ..tapi kali nih aku rasa confident lak ..maksud aku ..apa aku nak buat tuh kayak tuh ikut kehendak aku ler ...hehe ..contohnya aku nak pergi straight ..dia pergi straigt..nak koner kanan ..dia koner kanan..aku kodek suruh stop ..dia stop ..(maksudnya skill berkayak aku dah meningkat..cheh tak malu puji diri sendiri!!) .Dodah punyer laa bertuah naik ngan aku (puji lagi!hampeh) .Aku rasa kesian siapa naik ngan mat jan ..kihkih siap sangkut kat semak air tuh aa...kihkih ..mat jan sure terbatuk2 sekarang nih sebab aku dok kutuk dia..

Habis berkayak ..aku gi naik flying fox.. aku ingatkan nak turun dari atas tuh yang gayat ..tapi nak citer kat korang ..nak panjat naik sampai kat puncak tuh yang paling mencabar dan gayat ..kat situ paling tak selamat..itu yang gayat tuh ..Alhamdulillah aku dan geng jurnal selamat ..aku rasa best lak naik flying fox ..nak cuba kali kedua tapi pak man cakap kasik peluang kat orang yang belum ..so aku mengalah la..so aku gi travel naik basikal ke tasik biru,tengok gunung ledang ..tengok mini canyon etc.



Malam tuh ..lepas mandi dan solat..ada barbeque kat dewan makan ..kitaorang tolong makan jer ..yang masak urusetia camp(thanx bebanyak Kak G and the geng!!)memang grand giler aku tengok berbeque tuh aaaa... ayam ,sosej ..etc..bla bla banyak! sedap lak tuh ! siap ada ikan aper tah besar goreng dan daging kambing....uiskkkkk sedap!!! rugi siapa tak pergi ari tuh ...(sekali lagi nak menjeolouskan orang yang tak pergi ..:D)



Pukul 9 macam tuh ada forum geng jurnal ...ahli panel tok rimau ,mat jan ,poad, kak g .Wak din jadik pengerusi. Perbincangan mengenai weblog online & geng jurnal ..tujuan, hubungan kedua2nya dan arah tuju geng jurnal. Time yang panas sekali biler Kak G mengutarakan pendapat kontroversi supaya geng jurnal di syarikatkan(diswastakan) . Mat jan and poad terpanas ! dan membangkang dengan sekeras2nya ..hehe tok rimau cool jer ..walaupun dia seorang yang berkuku besi ..kihkih. Pendapat aku la ..sebenarnya ada pro and kontra benda nih ..aku setuju gak kedua2 pendapat ..tapi lebih kepada 'jangan ler lagi' ..depan2 dah kukuh ok laaa.



Tapi aku rasa sebab apa mat jan ngan poad panas(aku panas gak ..kihkih) sebab cara Kak G sebut kot ,aku ulang rakaman suara ..ok.. lebih kurang macamm nih "kita syarikat kan geng jurnal ..siapa yang lain(minor blogger) tak setuju ..pedulikan saja "...kihkih betul ker kak G ? kalau tak betul mintak ampun!. Kenyataan itu betul separuh ler ..kalau ajk geng jurnal buat mesyuarat dan buat keputusan nak syarikatkan geng jurnal maka aku rasa sah! ..sebabnya memang gitu caranya ..tapi aku rasa dan percaya AJK geng jurnal membawa aspirasi dan kehendak ramai blogger geng jurnal..bukan buat sesuka hati diaorang .betul tak tok rimau?!!..

Lepas habis forum tuh ,ada satu program night walk ..Aduss aku dah ler penat ..kihkih mengadu kat wakdin ..tapi bagus jugak aku dapat ilmu daripada pak man ...menggunakan pancaindera pendengaran semaksimum mungkin. Sebab selalunya kita tak mendengar dengan mendalam sebab kita selalu hanya melihat jer .lebih kurang gitu ler ..nak tahu lebih lanjut contact pak man. Dalam perjalanan night walk tuh ..aku sembang ngan tok rimau aaa korek rahsia ,pengalaman ,ilmu daripada dia .

Tok rimau lak sporting giler ..boleh layan orang2 macam aku ..apa lagi ..kihkih. hah satu lagi aku terlupa nak citer tok rimau lecturer kat Univ aku dok belajar dan duduk sekarang...baru aku tahu masa kat sana .'gajah depan mata tak nampak ..kuman diseberang laut nampak lak' boleh tak aku pakai pepatah nih ..aku putar belit sikit maksudnya ..kihkih..

tok rimau citer gak dia seronok ngan geng jurnal dan ajk geng jurnal macam adik beradik .Siap describe dia,wakdin,spyzz etc ..'perangai kami lain-lain ..tapi gandingan kami perfect!' spyzz bangga tak??!! ..emmm masa balik night walk tuh kan tok rimau pandang ke depan dan tunjuk kat aku semua geng jurnal yang jalan depan kami (kami jalan belakang sekali) .."syeikh ..ko tahu tak ..jika ko kenal diaorang nih semua ..nanti pergi mana2 satu malaysia ..ada tempat tinggal dan kenalan!" .. iktibar!!! jaga-jaga semua! tok rimau planning tak nak habiskan duit tidur hotel kalau jalan-jalan makan angin kat malaysia .So jangan kasik tau alamat rumah kat TOK rimau yang berkuku besi ..kihkih ..tok rimau jangan mare ..gurau jer ..maksud tok rimau bukan macam tuh ..tok rimau yang berhati besar dan mulia...Then balik rehat ..zzzzzzzzzzzzzzzz.
Aku kira sampai sini aku cerita untold story KLD version aku hari pertama .

Part 3 (KLD ..untold story )

Bismillah ,

Malam tadik letih giler..tapi puas dan gembira dengan apa yang dah buat. Aku sedar-sedar dah pukul 6 pagi lebih ..aku dengar bunyi orang azan dan iqamah ..tapi liat betul nak bangun ..aku keluar khemah tengok tempat solat..aku ingatkan azan daripada tempat solat KEM tapi rupa2nya dekat dengan kem aku ada mesjid ? atau surau ? aku tak pasti..kalau tak aku kagum jugak ler ..dah ramai bangun subuh siap berjemaah lagi aaaa..(jangan salah faham !! semua bangun solat subuh tapi lambat sikit..hehe).

Pergi mandi, solat ,lepas tuh gi charge battery aaa.. sebab nak sms si dia yang menunggu berita hero di KLD ...nak gi charge kena tunggu aaa..takut hilang nanti tak pasai aaa..bukan prasangka ..tapi berhati2 sebelum terjadi .Selamat ler KEM kak G nih ada line coverage maxis jugak walaupun sebatang dua line naik..jadik ler. Pepagi tuh gi breakfast ..roti canai kak ros kasik..sedap!! dan 2/3 menu lagi masakan urusetia KEM ..sedap giler !(kak G ..saya promote nih aaa..lepas nih ada diskaun ker?kuang kuang kuang :D) ..

Kesan2 penat semalam ada lagi ..tengok belakang name tag ada aktiviti 'jalan2 makan embun' adusss macammana nak mengelat nih ..last kali lancarkan konspirasi pujuk wakdin ..takyahlah buat morning walk ..penat..plus Pemalas betul!! siap buat konspirasi nak gugurkan wargame jugak(masa tuh tak tahu best giler!! game nih..lepas tuh dah pakai baju lawa ..hehe). Tapi urusetia cakap ..benda2 peralatan(telur) dah beli ..so kena main gak laaa.. dengan hati yang berat kena salin baju semalam . Actually semalam urusetia dah tunjuk kawasan yang nak main wargame ..memang macam paya bakau ..hehe seram gak mula2 ..mana tahu dalam ker..ada apa2 ker dalam tuh ker pacat!paling ngeri ular ker..kihkih ..tapi pak let cakap ..kawasan bawah lumpur ..batu pun takder ..paling melegakan pacat takder! (ehh badan besar macam aku pun geli jugak ngan pacat ..tapi takderlah sampai menjerit2 ..kihkih..tapi takut tetap takut ) .

Time pak let kasik penerangan ..dia ada citer nanti ada kawasan perkuburan bagi yang 'mati' tempat tuh tak leh nak serang ..sebab katanya ikut pengalaman dia 'hantu-hantu perang ni lah yang akan bangun dan memberi arahan2 dan strategi kepada perwira-perwira yang masih berjuang. Kitaorang bantai gelak giler ..tapi tak dapat bayangkan macammana ler ..time wargame baru aku tahu keadaaan sebenar ..sebab nak jadikan cerita ..akulah perwira hero negara indon yang mati syahid. Aku punyer bersungguh-sungguh macam gerakan killer aaa..sambil dok mengelak sungguh-sungguh ..tak silap aku minah 'anor' or nile entah ..aku pun lupa ..terbalik kuang aku dibuatnya ..cuba mengelak telur ..(aku lebih rela kena tembak dengan peluru dari kena tembak pecah ngan telur ..kihkih )..aku ingatkan kalau tak bangun ..tak mati ler..tapi nampak dada dah mati la!!! habis aku bukannya mati secara terhormat ..tapi disembur oleh pihak rakan dan lawan .... syeikh!!!!! ..kihkih malu giler aku .Tapi takper paling kurang ada sesuatu untuk aku ingat..dan mungkin geng jurnal yang lain ingat.



Game pertama indon kalah ,game kedua ..pak let datang senyap2 kat kami then kasik satu strategi cantikk!!! kira cheat aaa pengadil bersubahat ngan geng indon..buat macammana kami terpaksa merasuah pak let untuk memberi taktik paling berjaya abad ini iaitu ..lelaki semua serang cepat dan ambik position depan botol ..geng perempuan ambik botol ..dan terbukti berjaya!!!kihkih kalau geng bangla dengar sure diaorang bengang!! aaa... game 3 ..memang menunjukkan bahawa geng bangla layak menang wargame nih ..yang bestnya aku dapat tengok ..macammana farihah?and amir?(klu tak silap aku)..mengalahkan pressure untuk mendapatkan botol yang tergantung..nampak macam impossible sikit ler nak ambil tapi farihah dan amir(anak kak ungku) buat sampai berjaya tanpa putus asa kerana harapan team bangla bergantung pada mereka .Aku ucapkan syabas dan tahniah! ... yang jahatnya aku ngan team indon ..tukang pelemah semangat ...hehe . Semua orang puas hati giler babi dan seronok ..lepas tuh semua orang possing ala2 tugu perwira ..yerlah semua dah terkorban mati syahid.



Dah habis mandi ,kemas khemah bla..bla ..ada pertandingan fotografi ..aku masuk gak tp takder rezeqi tak menang..yang lain memang power2 ..aku baru nak berjinak2 menangkap gambar digital nih...Poad manmoncang menang no .1 ..no.2 anuar..yaabna( untuk perhatian mamat nih menggunakan undi hantu ..kihkih ) tapi tak kisah ler seronok2 jer hehe..no.3 nett ..gambar nih aku tak puas hati giler ..possing buruk nak mamposss aku tuh ..boleh memenangkan gambar net..aku malu ..nett dapat hadiah ..nih yang aku tak puas hati!! kihkih ..siap wakdin komen ..posing aku menunjukkan puas giler..aduss malu tak tahu nak sorok muka aku kat mana aaaa...kihkih.



Aku rasa aku dah menghampiri ending entry aku pasal KLD ..habis jer pertandingan fotografi ,sesi sign banner dan bergambar beramai2!! lepas tuh salam2 peluk cium ..semua mengambil arah masing2 ..benarlah kata orang 'pertemuan itu salam bagi perpisahan' setiap orang ada kehidupannya masing-masing .Tapi aku pasti setiap orang akan menyimpan secebis memori indah ini di satu sudut jiwa mereka ..kukuh sekukuhnya ..dan berharap ..mungkinkah ia akan berlaku lagi ...

Terima kasih Allah ,terima kasih KAk G dan urusetia kem ,terima kasih ajk geng jurnal dan ajk program KLD ,terima kasih kepada yang membantu ,terima kasih kepada yang tersenyum dan bergelak ketawa dengan ku ,terima kasih geng jurnal!! Salam persahabatan dan salam kasih daripada insan kelana ...syeikh..

*nota kaki
-weblog www.bluehikari.com telah ditutup dengan rasmi ..tapi entry2 lama masih boleh dibaca.