Thursday, December 07, 2006

Alahai si jahil

Bismillah,

Hati bergetar marah, jiwa dan darah kepanasan kerana Allah,
Mendengar sang jahil berkata-kata.

Itulah reaksi aku mula-mula, apabila membaca petikan berita di bawah. Pada dasarnya jika sesebuah
badan kerajaan ingin menguatkuasakan sesuatu yang murni seperti larangan berpakaian seksi,
sepatutnya kita yang mengaku Islam menyokongnya. Ya, mengikut Islam, adalah dilarang untuk mendedahkan aurat, tetapi jika pada logiknya seorang Ayah yang baik, tidak mungkin mahu anak perempuannya berpakaian seksi dan lucah, Seorang Suami takkan mungkin mahu, isterinya seakan2 bertelanjang di luar rumah dan bahkan seorang ibu tidak akan membenarkan anaknya terdedah dengan ancaman lelaki buas dan jahat dengan berpakaian jarang dan seksi.
Jika ditanyakan pada Cina apek, India Sami juga bersetuju dengan pandangan tersebut.

Tetapi malangnya, yang menentangnya seorang muslimah bergelar Doktor. Alangkah malu dan hinanya terasa. Hanya berlandaskan alasan hak asasi wanita yang rapuh. Siapakah yang menentukan hak asasi wanita ini. Masyarakat? pemimpin? Jika masyarakat mahu wanita dibenarkan bertelanjang di luar rumah ,adakah ia dibenarkan. Ia mungkin terjadi, bahkan perangai seperti homeseksual dahulunya dilaknat kini diperakui di benua amerika dan eropah. Biarlah hak asasi wanita ini ditentukan oleh agama Islam kita yang agung, sekurang-sekurangnya buat mereka yang bergelar muslim.

Bukankah ini adalah untuk menjaga status dan kemulian diri wanita. Sejarah membuktikan jika tiada had dan peraturan, wanita akan diperdagangkan sebagai barang dagangan seks, kedudukannya lebih rendah dari status manusia dan dianggap sebagai pembawa bencana/malang. Jangan melenting marah, rujuk pada sejarah kerajaan Rom, Parsi dan Arab jahiliyyah sebelum kedatangan Islam.

Yang SESAT gelak berdekah-dekah, seronok kerana mereka sendiri tidak perlu bertindak, sang pengikut telah mendahului.

Mungkin mereka jahil dan tidak tahu. WaAllahuqlam

Petikan dari Utusan Malaysia 7 Disember 2006

Denda pakaian seksi ganggu hak wanita

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai mengganggu hak asasi kaum wanita.
Pengerusinya, Dr. Rozaidah Talib berkata, pakaian merupakan hak individu dan pihak berkuasa tempatan tidak berhak mencampuri atau menentukan fesyen pakaian individu.
‘‘Banyak lagi benda lain tentang wanita yang boleh mereka bantu tetapi sekarang bukan mereka membantu malah menyusahkan lagi wanita.
‘‘Tafsiran pakaian menjolok mata adalah berbeza bagi setiap orang jadi bagaimana MPKB hendak menentukan wanita mana yang berpakaian seksi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, langkah MPKB itu juga seperti mahu meletak semua kesalahan salah laku termasuk sekiranya berlakunya kes rogol, berpunca daripada wanita.
Akhbar tempatan semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak akan bertolak ansur lagi dengan para pekerja restoran dan pasar raya yang berpakaian menjolok mata dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500.
Menurut Rozaidah, MPKB mempunyai hak bagi menguatkuasakan undang-undang kecil itu tetapi mereka perlu mengambil kira hak individu.
‘‘Kenapa perlu menguatkuasakan undang-undang yang menimbulkan konflik. Mereka ada kuasa, lebih baik buat yang berfaedah kepada semua rakyat Kelantan,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home