Friday, December 08, 2006

Awal pagi

Bismillah,

Firman Allah yang bermaksud:

"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha. (QS. Al-Furqaan, 25: 47)"

Hari ini aku bangun awal pagi, ku ambil wudhuk dan bersolat jemaah subuh dengan isteriku. Aku lanjutkan dengan zikir mathurat dan doa. Suatu kebiasaan yang sudah lama tidak ku amalkan, lebih-lebih lagi di perantauan ini yang waktu subuhnya agak awal. Selalunya aku akan menyambung terus tidur setelah solat. Aku cuba berazam agar amalan ini istiqamah dalam diri.

Kebelakangan ini aku rasakan, walaupun aku tidur semula setalah subuh, masa tidur aku seperti di'reset' bukannya seperti aku tidur dari malam sambung ke selepas subuh. Aku tidak berasa segar walaupun telah tidur lama. Jiwa tak tenang. Oleh itu, aku cuba amalkan bangun terus setelah subuh, kemudian mungkin tidur sekejap selepas waktu dhuha mungkin.

Aku terus bersiap untuk ke lab, tempat belajar aku sekarang. Kalau nak tidur pun,biar tidur di lab..lagi bagus , desis hatiku.

Doa Nabi Sulaiman adalah tauladan yang baik bagi orang-orang yang beriman:

" Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh (QS. An-Naml, 27 : 19)"

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home