Aku ,penulisan,diari dan weblog
Bismillah,
Penulisan
Aku begitu berminat dengan penulisan.Tetapi bukan semua jenis penulisan. Aku suka dengan seni tarian bahasa ,lenggokan madah dan perkataan-perkataan yang begitu tepat atau membayangkan dengan baik dan menarik jiwa dalam menggambarkan maksud yang ingin disampaikan seperti yang sering digunakan di dalam novel ,jurnal ,madah puisi dan lain-lain. Tetapi jika terlalu 'bombastik' dan memerlukan aku berfikir panjang giler ..aku jadik malaih dan tak berminat. Aku suka membaca tetapi aku jarang menulis ..entah kenapa ..mungkin kerana membaca adalah lebih senang daripada menulis .Mungkin! tetapi menulis memerlukan tumpuan dan mahir dalam lenggok bahasa .Aku.. Aku.. rasa aku tak berapa reti nak menulis .Jadik aku lebih tumpukan aktiviti aku dalam arena pembacaan dan jarang sekali aku cuba untuk memasuki arena penulisan .
Kalau penulisan novel aku lebih suka yang ada unsur dakwah ,nilai-nilai murni,cinta-cinta minat gak,ayat2 power berseni ,ada unsur-unsur keagamaan atau nilai-nilai agama pada hero dan heroin ..hehe selain daripada tuh ..sorry ! aku kurang ...kisah2 curang ker ,kegelapan/kejahatan kota raya ..emm sorry aku malaih nak baca.
Diari
Sejak dari dulu berhajat untuk menulis diari ..mencatit aktiviti2,pendapat,perasaan etc aku pada hari-hari yang aku lalui supaya aku satu hari nanti bila di hari kemudian boleh aku membelek2 diari aku itu dan mengingat kembali kejadian hari semalam serta tersenyum sendirian ..tetapi aku selalu terkandas di tengah jalan..nak tahu kenapa ...
pertamanya ..bila aku menulis aku jadik cepat bosan sebab aktiviti-akitiviti aku setiap hari hampir sama ,jadik aku bertanyakan diri aku kenapa aku perlu menulis ..jika benda yang sama jer aku catat tiap2 hari.!. Kemudian aku berhenti menulis ...then lepas tak berapa lama ..aku cuba menulis semula ..seperti biasa aku akan terkandas semula..
Weblog Online
Aku mengenali weblog online ini 2/3 tahun yang lepas melalui rudy.Aku begitu berminat dengan gaya penulisan yang bersahaja tetapi begitu memberi kesan pada hati ..terdetik dalam hati 'aku nak menulis macam tuh jugak' dimanakah rahsia blogger2 ini sehinggakan mampu memberikan penulisan sebaik itu .Aku fikir2 aku rasalah... mungkinkah adakah mereka ini mempunyai pelbagai dugaan kehidupan menyebabkan mereka mampu menyampaikan sesuatu cerita dengan baik...aku ..aku pulak ..hidup aku terlalu membosankan ..terlalu sama aktiviti hariannya ..pemandanganku setiap hari pada setiap benda sama saja! macammana aku nak bercerita kepada orang lain .Salah aku jugak kerana aku lebih suka life macam tuh ..aku takut pada dugaan yang berat2 ..sebab aku tak mampu nak tanggung ..jiwa aku terlalu kecil dan begitu sensitif(walaupun badan besar..hehe) ..bila dugaan terlalu berat ..aku jadik tak stabil ..aku selalu berdoa pada Allah agar tidak memberatkan aku dengan benda yang tak mampu aku tanggung ..dan inilah hidup yang aku minta ..dan aku redha.
Satu lagi perkara yang aku perasan yang menyebabkan aku terkandas dalam menulis blog ..kerana bila aku menulis ..diri aku yang sebenar(baik & buruk) akan mula menjelma jelas di khalayak ramai . Aku tak suka ..tak suka ..aku tak suka!!..aku bukan jenis yang suka open diri aku kepada orang lain... aku paling tak suka jika ada orang mengetahui keburukan aku ...kalau aku ada masalah dalam diri aku akan cuba sembunyikan dan selesaikan dengan sendiri ..jika aku perlukan pertolongan ..aku akan pastikan yang mendengar dan mengetahui masalah aku hanya orang yang aku percayai bukannya dibuka kepada orang ramai .Apabila aku menulis... untuk melindungi perkara diatas aku terlalu menapis apa yang ingin aku ceritakan ..akhirnya aku jadik bosan dan aku pasti pembaca juga akan bosan kerana aku rasa cerita yang terlalu ditapis tidak akan sampai maksud dan tujuan cerita tersebut ...dan aku terkandas lagi..dan lagi
Satu lagi berkaitan dengan prinsip ..sesetengah blogger akan berkata mereka menulis bukan kerana ingin publisiti tetapi kerana untuk meluahkan pendapat ,idea2, dan kisah diaorang ....aku rasa betul jugak prinsip tuh ...tetapi bagi aku ..aku rasa aku memerlukan pandangan ,kritikan ,sokongan,semangat,kutukan?(ekk emm oklah ..tapi jangan kutuk banyak2 ..nanti aku tembak kang..hehe) daripada orang lain ..ia umpama pemangkin untuk aku menulis ..seperti kereta yang memerlukan petrol untuk bergerak. Berperang dalam hati which one is better ..last sekali tak payah tulis laaa..baca jer lagi bagus ..hehe
another reason lagi ...bila kita bila menulis ..for sure kita menulis melibatkan orang yang berada disekeliling kita ..jika benda yang aku alami ok..tentulah aku tulis benda yang baik terhadap2 orang-orang yang terlibat .tetapi jika sebaliknya adakah perlu aku tulis ?jika aku tulis jugak ..bagaimana jika dia membacanya ..dia tentu terasa hati kan..paling teruk bermusuh dengan aku ...jika aku menceritakan perasaan sayang ,benci terhadap seseorang yang hanya hati aku sahaja tahu dan tak mampu aku luahkan ..jika dia terbaca ? aku yang malu ! aku yang menerima kesannya! jadik kenapa aku perlu menulis ..biarlah ia terpendam didalam hati ini ..aku rasa laaa...aku terkandas lagii...lagi..dan lagi..
Aku rasa jugak bahawa aku nih jenis 'good listener' ..Ini aku rasa ler then diakui oleh kengkawan dan adik-beradik aku .. mungkin life yang mengajar aku jadik gitu kot..Aku kalau orang bercakap dengan aku ..aku akan mendengar dengan penuh perhatian ..jika aku tak mampu nak beri perhatian ..atau nak buat kerja lain ..aku akan mintak excuse dan tak biar dia bercakap ngan aku ..aku really2 peka bab ini .Tapi aku pulak bukan a good advisor sebab aku cepat terpengaruh dengan suasana dan keadaan dan aku akan advise ikut emosi dan keadaan aku time tuh. Jadik mungkinkah itu bermaksud aku nih better menjadi 'pembaca' dari 'penyampai' ....waAlahuaqlam
Apa kata anda? perlukah aku menulis lagi dan lagi ...?! adakah aku terlalu berfikiran negatif?
1 Comments:
pads sell sugars warehouse posters yearshown publication centerline enclosures medicinesdr tame
lolikneri havaqatsu
Post a Comment
<< Home