Maskahwin/mahar yang ringan
Bismillah ,
bersambung daripada minggu lepas .Berkaitan dengan maskahwin/perbelanjaan kahwin yang mahal dan menyulitkan.
Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan ,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya".
(Hadis diketengahkan oleh Ibnu Hibban di dalam 'shahih'nya).
Semua ketentuan syarat islam ditetapkan atas dasar keringanan dan kemudahan ,tidak memberatkan dan tidak berbelit-belit.Perkahwinan tidak lain adalah perlaksanaan sunnah azali dan perlaksanaan kewajipan robbani.Kerana itu memasukkan hal-hal yang memberatkan dan yang berlebihan ke dalam mas kahwin /belanja kahwin/hantaran perkahwinan atau lainnya ,merupakan perbuatan yang menyimpang dari ketentuan agama .
Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Allah sama sekali tidak mewajibkan hal-hal yang berat atas kamu dalam hal agama".
(surah al-Haj:78)
Masyarakat kita hari ini ,semakin hari semakin memberatkan dan meyulitkan perkahwinan dengan meletakkan hantaran perkahwinan atas wanita yang tinggi. Jika ditakdirkan wanita tersebut mempunyai kelayakakan ijazah tinggi ,maka lagi tinggilah belanjanya . Bagi keluarga dan mungkin wanita itu ,dengan belanja yang tinggi itu ,masyarakat akan memandangnya dengan nilai 'value' yang tinggi. Kadang-kadang sesebuah keluarga itu 'terpaksa' mengikut keadaan dengan mengikut kebiasaan/adat/tetangga yang menyusahkan atau meyulitkan pihak lelaki(baik dan soleh) yang meminang .Ada juga segelintir yang terbuai oleh perasaan bangga dan sombong diri/bongkak kerana status dirinya atau kejayaan anaknya langsung meletakkan harga/bebanan yang berat kepada lelaki yang masuk meminang tersebut .
Apabila sudah ramai muslim yang berfikir dan bertindak sedemikian ,mereka seperti "membudayakan" kebiasaan meminta maskahwin yang berlebih-lebihan sebagaimana yang berlaku dalam zaman jahiliyyah.Akibatnya banyak kaum pemuda yang tidak mampu mendirikan rumah tangga ,penyakit moral bertambah luas dan akhirnya banyak sekali lelaki dan wanita yang hidup merana disebabkan oleh" krisis perkahwinan".Diriwayatkan umat nabi luth menjadi homoseksual kerana ketika itu mas kahwin/belanja kahwin adalah teramat tinggi .Dan mereka dibinasakan kerana 'hasil tangan-tangan' mereka sendiri.
Janji Rasulullah s.a.w melalu sabdanya yang bermaksud:
"Keberkatan lebih baik baginya dan anak perempuan daripada semua emas yang ada di muka bumi dari memberatkan lelaki(soleh) yang meminang ", Sesungguhnya apa yang telah ditentukan oleh Allah adalah kebenaran ,dan Allah menunjukkan jalan yang lurus."
Mungkin timbul beberapa persoalan. Marilah kita huraikan satu persatu.
Contohnya jika datang kepada kita calon menantu yang tidak disenangi dari segi akhlak dan ilmu maka adalah lebih baik kita tolaknya dengan baik dan berhikmah bukannya dengan meletakkan belanja kahwin yang tinggi .Yang akan rugi ialah kita dan anak kita sendiri.
Jika orang lelaki(soleh) yang datang meminang dan kita mahu menerimanya ,itu bermaksud dia mahu menjadi salah seorang anggota keluarga kita . Sanggupkan kita menyakiti bakal ahli keluarga kita?
Status wanita akan jatuh jika nilai hantaran perkahwinannya kurang? .Adakah betul begitu? Kalaulah orang yang datang meminang itu merupakan orang yang baik/idaman kalbu kita dan idaman teman hidup kita ,maka kenapa kita susahkannya .Kenapa kita fikirkan apa orang lain kata ,sedangkan yang akan berkahwin adalah kita .Sedangkan ketika kita susah 'orang lain'
tak pernah ambil kisah.Dan paling utama agama sendiri yang menggalakkan kita berbuat demikian.
Belanja majlis perkahwinan mahal sekarang ?. Kalau begitu buatlah yang sederhana dan sekadar yang mampu pada taraf kita .Tujuan majlis perkahwinan adalah untuk menghebahkan perkahwinan dan meraikannya ,bukannya untuk kita menunjuk2 dan bongkak.
Jesteru dengan itu alangkah baiknya kalau semua kaum muslimin kembali kepada toleransi dan kemudahan yang telah diberikan oleh agama islam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home