Wednesday, November 11, 2009

Bismillah,

Panduan pensyarah [1]

1. Setiap pensyarah sepatutnya mempunyai impian atau matlamat untuk mencapai kecemerlangan pengajaran di samping penyelidikan.

2. Pensyarah yang cemerlang dan berjaya ialah pensyarah yang mempunyai Falsafah Pendidikan yang jelas dan dihayati oleh pensyarah terlebih dahulu sebelum dapat ditanamkan kepada pelajar-pelajar.

3. Pensyarah sentiasa menambah baik dan mendapatkan persekitaran pengalaman baru dalam pengajaran, untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Di sinilah peranan pensyarah boleh mengaplikasikan pelbagai inovasi dalam teknik pengajaran untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan lebih fun (make the learning fun).

4. Pensyarah yang baik mengetahui dengan mendalam dan pakar dalam subjek yang diajar, terutamanya menerangkan konsep dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar. Yang selebihnya perlu diterokai oleh pelajar sendiri.

5. Selalu bertanya kepada diri sendiri: “Am I using the right approach?”

6. Good teachers teach beyond the text book. Di sinilah pengalaman serta hasil penyelidikan dapat memainkan peranan penting dan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

7. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami sendiri (hands-on) perkara-perkara baru yang dipelajari, samada dengan menunjukkan video (membawa faktori ke bilik kuliah), amali di makmal, kerja lapangan, lawatan sambil belajar, dsb.


[1]http://science.upm.edu.my/warga/?page_id=2995


Monday, November 09, 2009

9 November 2009

Bismillah,


Sayang hari nih ptra pergi bermain futsal dengan jepun.
Berat badan dah turun sikit 109.2kg.
Hari nih makan nasi ayam tanpa nasi hanya ayam dan sup.
Hari nih rasa macam hari balik dari jepun di mana rasa bebas rasa best dan mula muhasabah diri.

Friday, December 19, 2008

hi hi bye bye

merah

Testing kehidupan ini

Map picture

Thursday, September 11, 2008

'Sekular?'

Bismillah

'Abang, apadia sekular tuh?', aku bertanya degan loghat kedah. loghat yang tidak hilang2 hingga sekarang hehe. 'Sekular tuh maksud dia, mengasingkan agama dan politik! mcm orang sekarang buat laa'. Abang din memberi penerangan dengan emosi yang nampak terganggu. Bukan kerana dek soalan tetapi kerana isi jawapan terhadap soalan tersebut. Ketika aku bertanyakan soalan itu, ketika di sekolah agama, dan ketika itu amat kuat pengaruh parti islam di dalam diri. Sekular di fahamkan mengikut terjemahan bahasanya dan fahaman politik. Sekular= pemisahan di antara agama dan pentadbiran/politik.

Sekarang, walaupun masih mengiyakan tafsiran sedemikian tp pengalaman dan pengisian yang datang selepasnya mematangkan diri. Sekular=pemisahan diri daripada melihat agama sebagai universal bukan sahaja pada ibadat khususnya tp pada setiap kehidupan diri. Seringkali muslim menekankan kesungguhan dan kesempurnaan pada ibadat khusus tetapi melupakannya pada amal-perbuatan keduniaan yang lain. Solat dan bacaan quran hebat tetapi gerak kerjanya ala kadar, pakaiannnya tidak terurus, ketepatan masa amat lemah dan lain. Inilah yang membuatkan diri si muslim tersebut lebih terkebelakang daripada orang yang tidak beriman yang gerak kerjanya terbaik. Allah akan sentiasa memberikan sesuatu mengikut sunnatuLLah(Law of nature-Law of Life).

Diri yang dulunya mencela2 pengamal sekular, rupanya2 termasuk sekali di dalam golongan ini. Astaghfiru LLah. Ya Allah ampun daku dan tunjukkan daku jalan kebenaran dan istiqamahkan daku diatasnya.

Amin

Secularity (adjective form secular) is the state of being separate from religion.[1]
1. The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition. "Secularity". ("1. The condition or quality of being secular. 2. Something secular.")

Thursday, September 04, 2008

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Dr Osman Nasir
Wed | Aug 27, 08 | 1:31:24 pm MYT

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah. - mks. _

Friday, August 08, 2008

Pensyarah Ph.D dinaikkan ke gred 51


PUTRAJAYA 25 Julai - Kerajaan bersetuju supaya semua pensyarah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dinaikkan ke gred 51.

Mengikut Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, mereka sepatutnya hanya dilantik ke gred 45.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mempunyai Ph.D dianggap mempunyai kecemerlangan yang tinggi dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IPTA.

Pada masa sama, kata beliau, bagi calon-calon dari industri yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu juga boleh dilantik terus ke gred 51 untuk berkhidmat sebagai pensyarah.

"Ini supaya mereka dapat bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan di IPTA.

"Kesemua keputusan ini terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang akan dikemukakan kepada Kabinet minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, semua IPTA wajar memastikan kenaikan gred untuk pensyarah berkelulusan Ph.D itu dilaksanakan dengan segera.

"Ini supaya matlamat Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara dalam memperkasakan IPTA dapat direalisasikan melalui pengambilan tenaga akademik yang berkualiti, berpengetahuan dan berpengalaman luas," katanya.

Thursday, July 10, 2008

Petani cipta alat jimat minyak

Oleh Bernama
Khamis, 10 Julai 2008

SEREMBAN: Ramai yang kini mencuba pelbagai cara mencipta alat dan teknologi jimat minyak untuk mengurangkan penggunaan petrol dan diesel dalam keadaan harga minyak mentah melambung tinggi di pasaran global.

Hisham Abdullah atau lebih dikenali sebagai "Sham Hidro" dalam kalangan penduduk di sini, tidak mahu ketinggalan membangunkan sejenis sistem penjimatan minyak berasaskan air.

Hisham, 43, menamakan alat ciptaannya "Reaktor Hidro" yang didakwanya mampu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 60 peratus.

Beliau membuat kajian di 15 laman web memandangkan teknologi hidro pada enjin sudah lama wujud di Barat, katanya kepada Bernama di rumahnya di Taman Chengal Utama baru-baru ini.

Selepas membuat kajian rangka tindakan teknologi itu selama beberapa bulan, Hisham pada awal tahun ini berjaya memasang sistem itu ke dalam kereta Proton Iswaranya dengan menggunakan barang-barang dari kedai perkakasan binaan.

Konsep rekaannya berasaskan proses elektrolisis di mana gas hidrogen dihasilkan dan disalurkan ke dalam bahagian enjin untuk pembakaran yang lebih sempurna.

KURANG ASAP, KURANG PENCEMARAN

Hasilnya, jimat minyak, kurang asap, kurang hidrokarbon dan tentunya kurang pencemaran, kata Hisham.

"Air digunakan untuk menjana gas hidrogen. Sistem ini selamat kerana air tidak akan dimasukkan ke dalam enjin," kata petani lulusan Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu.

Hisham menawarkan memasang sistem itu dengan kos RM500 sebuah kereta.

Ini, katanya, lebih murah daripada yang ditawarkan bengkel dan syarikat yang menjual teknologi yang sama dengan harga RM1,800 hingga ke RM3,500.

KAUT UNTUNG?

"Saya bukan cuba mengaut keuntungan berlebihan, tapi cuma mahu membantu penduduk Negeri Sembilan yang terhimpit dengan kenaikan harga minyak.

"Kalau sudah mahal sangat sampai kos pemasangan beribu-ribu ringgit, baik pasang sistem NGV (kenderaan gas asli) saja," katanya yang menjelaskan bahawa niat awalnya mencipta sistem itu adalah untuk berjimat bagi dirinya.

Kebolehan beliau untuk memahami teknologi itu disebabkan Hisham mempunyai dua ijazah dalam bidang kejuteraan dan bidang kewangan dan bekerja sebagai jurutera di beberapa syarikat luar negara sebelum mengambil keputusan menjadi petani.

Wartawan Bernama yang tertarik dengan harga yang ditawarkan, memasang sistem itu ke dalam kereta Proton Saganya berkapasiti 1.3 liter.

Unit "Reaktor Hidro" yang dipasang itu rupa-rupanya terdiri daripada dua balang bekas alat penapis air yang biasa dipasang di rumah tetapi untuk sistem ini, balang itu dipasang di dalam bonet kereta.

Hasil ujian itu sungguh mengejutkan. Kereta yang diisi petrol RM10 yang biasanya membawa penulis ini hanya sejauh kira-kira 40km, kini boleh membawanya sehingga 75 km menggunakan alat itu.

Lebih menjimatkan lagi jika pendingin hawa ditutup dan kereta dipandu 60-80km/sejam kerana dengan RM10 untuk minyak, kereta itu boleh dibawa hingga 100 km.

TIADA ANCAMAN LETUPAN HIDROGEN

Menurut Hisham, dua balang itu memang diisi air yang mengandungi sejenis kimia dan pengguna hanya perlu menambah kandungan air yang susut tetapi dilarang membuang sama sekali air yang ada untuk diganti baru kerana bahan kimia asal akan hilang.

Beliau berani memberi jaminan kereta yang dipasang dengan sistem itu tidak akan meletup jika berlaku kemalangan atau disebabkan pembakaran enjin.

"Cuma jangan ada yang pendek akal menyalakan api untuk menguji sistem itu kerana gas hidrogen memang mudah terbakar," katanya.

Hisham setakat ini hanya memasang sistem itu untuk penduduk Seremban yang tahu mengenainya dari mulut ke mulut.

"Sejak beroperasi pada awal Mac tahun ini, saya telah memasang sistem itu kepada kira-kira 100 jenis kenderaan termasuk motosikal. Setiap kenderaan mengambil masa hanya sehari untuk dipasang," katanya.

Beliau dibantu oleh rakannya, Hadi Ahmad yang turut menyerahkan beberapa buah kenderaan termasuk pacuan empat roda dan lori miliknya bagi dieksperimen oleh Hisham.