Sunday, June 06, 2004

Perjalanan ke KL ...part 1

Bismillah,

MARA ooooohh MARA

Triit tritt! tritt tritt! .Bunyi handphone sony ericsson kesayangan ku yoshida [aku namakannya sempena nama best friend jepun aku...pelik? kenapa? kan nabi pun namakan harta miliknya dengan nama-nama tertentu]. Siapa la pulak call aku malam-malam nih..tengah dinner pulak tuh ..bisik hatiku. Tertera nama 'ummi' pada layar biru crystal grafiknya. Ummi!! lama tak mendengar suara ummi tersayang ..nun jauh di utara malaysia. "Assalamualaikum ummi...apa khabar?!!" kegiranganku hampir-hampir menjadikan suara ku memekik ..

"Waalaikumussalam sayang ..Alhamdulillah ummi kat sini sihat..buat apa tuh ? tengah makan yer..kesian anak ummi ..makan dekat warung jer ..ummi suruh belajar dekat2 sini taknak..kalau tidak boleh ummi masakkan tiap2 hari buat anak ummi nih .." suara ibu lembut menenangkan si anak dihujung gagang ."takper ummi.. dah biasa ..dulu 4 tahun ..hafiz kat jepun ..mengajar hafiz hidup berdikari ..Alhamdulillah...emmmm kenapa ummi ..selalunya bila ummi call nih ..tentu ada mustahak nak kasik tahukan.. " aku sedikit sebanyak memahami tindak gerak ummi. Ummi jika bercakap ..bercakap perkara yang berfaedah ..jika sebaliknya ummi akan diam dan mendengar banyak .Dan akulah si celoteh yang sering mewarnai kehidupannya walaupun hanya di gagang kerana sering di perantauan." sayang ... ada surat dari MARA(Majlis amanah rakyat) ..di dalamnya cakap ada satu bahagian kurang lengkap di dalam surat perjanjian pinjaman..sila isikan dan hantar secepat mungkin"

Nafsu makanku yang ketika tadi begitu rakus kian menikus dek kerna mendengar berita tadi .Amarahku mula bergetar ..aliran darahku bergerak laju.. semakin laju .Aku tersedar..cepat2 aku beristighfar " astaghfiruAllahal Azimmmm .....hafiz dah hantar lama tuh... ingatkan dah settle ..baru nak beritahu kata tak lengkap ..proses lembab!! gi.." aku matikan disitu ..kerana aku tak mahu membiarkan amarahku meranapkan hormatku pada ummi." takperlah ummi ...cumanya hafiz nak mintak tolong ummi pos laju surat tuh kat hafiz ..nanti hafiz selesaikannya " aku tenang kembali . "sayang ...ayahmu masih mampu untuk menanggung perbelanjaanmu ..kalau susah-susah sangat MARA nih ..guna duit ummi dulu ..bukannya kita miskin sangat sehingga meminta-minta ..kalau guna duit ummi pun apa salahnya ..bukannya ummi membuang duit ..anak kesayangan ummi nak belajar " sedikit esakan risau ibu buat anaknya.

"Ummi ..Hafiz dah cakap dulu kan...duit hafiz kerja masa kat jepun masih berbaki lagi ..sekarang ini bukan masanya lagi hafiz membebankan ummi ayah lagi walaupun ayah ummi mampu ..biarlah hafiz belajar susah untuk meraih secangkir ilmu ummi ...biarlah hafiz belajar menghargai setiap ilmu ,setiap sen yang hafiz gunakan untuk mencapai cita-cita hafiz ..ummi ..cumanya hafiz mohon maaf kerana buat masa ini hafiz tak mampu lagi menghulurkan bantuan kewangan seperti tanggungjawap anak-anak terhadap ibubapanya.Hafiz tahu ayah ummi mungkin tidak mahu menerimanya kerana tidak memerlukannya ..tetapi hafiz rasa puas ..sekurang2nya terasa berusha membalas segala jasa2 ummi ayah terhadap hafiz selama ini. " aku turut sedikit sebak.

Aku bila berbicara dengan ibuku ..aku suka meluahkan isi hati ini ..samada rindu ..sayang ...lafaz terima kasih ..aku belajar untuk tidak malu mengucapkannya setelah aku membaca hadis nabi menyuruhku berbuat demikian. kesannya MasyaAllah... ummiku ayahku menitiskan air mata gembira mungkin ..kerana jarang mendapat kata-kata sedemikian dari anak-anak. Anak-anak sekarang memang begitu ..bukannya tidak sayang atau tidak kasih cumanya malu mengucapkannya/menunjukkannya. Bagi aku, sementara mereka masih hidup ..inilah peluang kita ..biar malu ditertawakan orang lain ..biarlah ..jika ayah ibu sudah pergi meninggalkan kita ..air mata darah tidak akan mampu mengubat hati yang terkilan kerana tidak dapat meluahkan hanya sekadar terima kasih buat mereka ..

"sayang ..kalau gitu ..takperlah ..jikalau ada masalah jangan segan beritahu ummi tau .." suara ummi mendetak lamunan seketika ku tadi."jangan risau ummi ..benda kecil jer..esok ummi tolong poskan surat tuh yer.." ..aku cuba menenangkan hati ummi walaupun hatiku ketika ini bergetar kencang ..aku tak pasti samada amarah atau risau .

Aku telah memohon pinjaman MARA untuk program master by course aku ini dari bulan 11 tahun lepas ..pelbagai karenah birokrasi dan lain-lain aku hadapi ..dan sehingga kini walaupun pinjaman telah diluluskan tetapi masih lagi terlekat dengan surat perjanjian .Nampaknya aku terpaksa turun ke KL sekali lagi .Aduss penatnya .Ehhh bagus jugak ...hari sabtu nih ada gathering dekat MALL sempena pesta buku .Aku tersenyum sendirian ..mengait rasa pelik kawan yang menemanku untuk makan malam hari itu.
KL aku datang lagi.....


0 Comments:

Post a Comment

<< Home