Thursday, December 09, 2004

Jalan-jalan Kuala Lumpur

Bismillah ,

Minggu lepas aku diberi kesempatan lagi mengunjungi Kuala Lumpur untuk beberapa urusan penting dan keluarga. Ketika berjalan-jalan di Jusco, Wangsa Maju ..aku mengambil sedikit masa untuk melihat buku-buku yang dijual di MPH. Aku telah membeli dua buah buku yang menarik minat dan aku fikir bagus untuk diriku.Dua buah buku tersebut adalah seperti di bawah :-


Buku 1





Tajuk: 7 Formula Individu Cemerlang
Pengarang: Dr. Danial Zainal Abidin
Harga: Semenanjung Malaysia-RM33
Sabah/Sarawak-RM36

Sinopsis:
Pernah terfikir bagaiman golongan Arab yang jahil dapat berubah menjadi segolongan manusia mulia yang dapat menguasai hampir seluruh dunia? Bagaimanakah mereka dapat mencapainya dalam masa yang singkat? Apakah yang mendorong mereka berubah dan berjaya?

Masa kini, banyak buku motivasi ditulis oleh pakar-pakar motivasi barat seperti Zig Ziglar, Napoleon Hill dan lain-lain.Buku ini menonjolkan kelainan dengan mengambil formula-formula motivasi daripada Quran. Formula ini sudah digunakan sejak beribu tahun dahulu dan terbukti berjaya menghasilkan individu cemerlang.

Buku yang mesti dibaca oleh individu yang hendak berubah apabila dunia berubah.

Formula 1: Kenali Kehebatan dan Potensi Diri
Formula 2: Meledakkan Takwa
Formula 3: Melonjakkan Ilmu
Formula 4: Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
Formula 5: Memelihara Amanah
Formula 6: Berfikiran Positif
Formula 7: Menyantuni Manusia


Buku 2



Title: Menjejaki Jutawan Senyap (Silent Millionaire)
Author:Dr Rusly Abdullah PHD
Our Price:RM 29.00
Sinopsis :

Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan tidak dipandang orang. Mereka dianggap 'kelas bawah' tidak ada pejabat dan tak perlu ada 'business card'.

Cara mereka berusaha macam penyu-lepas ke lautan dengan tidak tahu untung nasibnya. Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke daratan tetapi mereka tetap senyap tanpa suara... apa yang keluar hanyalah air mata!


Membacalah wahai diriku ..penuhilah dirimu dengan Ilmu di dada/jiwa. Mudah-mudahan ia jambatan menuju kejayaan dunia akhirat.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya suka dengan buku '7 Formula Individu Cemerlang.' Jarang kita temui buku motivasi berdasarkan Quran/Sunah pada hari ini. Thanks.

Salmi

August 27, 2005 at 3:57:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home