Hidup ..
Bismillah ...
Aku terbaca banyak cerita sejarah orang-orang yang menggapai kejayaan cemerlang di dalam bidang yang diceburi oleh mereka ..mereka ini maaf ku katakan bukannya diskriminasi ..kebanyakkannya lelaki ..tetapi sesuatu yang aku ketahui dari kisah-kisah tersebut ada wanita/ibu/isteri yang berada di belakang mereka .. merawat dan menyembuhkan luka suaminya ,memberi dakapan ketenangan ,memercikkan semangat juang si suami... Aku kagum! Aku faham ..kenapa orang mengatakan disebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya...
Aku impikan ..aku berharap dan berdoa agar si Dia menjadi kekuatan ,ketenangan ,kegembiraan buat diri ini ..Amin ..
Lalu ku kirimkan sms berbunyi 'Puteri ,Mahukah dikau tenang dan redha hidup bersamaku ketika susah ,dan syukur dan beringat ketika kita senang ...mahukah dikau?..'
Lalu tidak lama selepas itu handphoneku berbunyi...lalu ku buka sms yang datang..
'Putra , setiap insan adakalanya mereka berada dalam kesusahan ..dan ada masanya mereka senang.. lumrah kehidupan ..Puteri mahu hidup tenang ,bersyukur dan redha ketika susah dan senang dengan putra..insyaAllah ..percayalah ..kerana Puteri sayangkan Putra kerana Allah..'
Bisikan hatiku 'Ya Allah layakkah diri ini memiliki anugerah Mu yang amat indah ini... aku ..aku yang banyak dosa ini..aku malu pada MU ..berkatilah Aku ,Dia dan Kami ..'
1 Comments:
Allah itu maha pengampun.
Allah akan mengampunkan hambanya.
Allah maha a'dil.
Tiada yg dapat menandingi nya.
MARILAH MENUJU KEREDHAANNYA!
Post a Comment
<< Home