Wednesday, October 06, 2004

Hormat

Bismillah,

Tatkala aku sedang beratur tenang di belakang seorang pemuda di hadapan sebuah mesin ATM ,tiba-tiba ketika dia melihat baki akaunnya terus terkeluar kata-kata 'lancang'dan tidak beradab ."kemut siot" katanya dengan nada hina .Seketika kemudian dia memandang kepada temannya yang berada tidak jauh daripada situ .Lalu kata-kata lancang itu diucapkan lagi ."kemut siot orang tua aku" .Aku terkesima ,terkejut ,aku takut... aku kesian .

Kenapa aku mengungkapkan kata-kata itu 'lancang dan tidak beradab' pada awalnya walaupun perkataan 'kemut' adalah satu perkataan tidak terlalu kasar dan selalu dipakai berbanding perkataan yang sinonim dengannya iaitu 'bakhil'.Ia adalah perkataan yang 'lancang dan tidak beradab' kerana ia ditujukan kepada insan yang sepatutnya amat-amat dihormati oleh pemuda itu iaitu ibubapanya.

Allah sendiri memerintahkan hamba-hambanya menghormati orang tua sehingga jikalau diungkap perkataan 'aah' sekalipun sudah dianggap menderhaka .Apatah lagi bila perkataan 'kemut' diucapkan dan tanpa segan silu mendedahkan kebiadapannya dengan bangga.

Aku dididik oleh ayah bondaku sejak dari kecil lagi agar menghormati orang-orang tua .Aku diajar di sekolah dan oleh orang-orang disekelilingku agar beradab sopan dengan ibubapa dan orang tua .Malahan di dalam agama ini aku diperdengarkan kepadaku ajaran yang menyuruh penganutnya menghormati orang yang lebih tua.

Aku terkesima ,kerana dahulunya aku hanya mendengar cerita-cerita anak derhaka di dalam drama swasta dan cerita-cerita teladan, tapi tadi aku dikejutkan dengan cerita yang sebenar walaupun hanya cebisannya .Aku terkejut kerana pemuda menara gading yang sepatutnya menonjak bangsa bermaruah dan beradab ,meruntuhkan mahkota kemuliannya di depan ku.Aku kesian kerana hala tuju pemuda itu tanpa hidayah dan bimbingan maka akan terus sesatlah dia.Aku kesian kerana keluarga itu mempunyai anggota keluarga yang mungkin selalu melukakan hati ibubapanya .

Aku diam ,bertafakur dan bersyukur ..kerana Allah campakkan hidayah ke dalam hati ini. Aku bersyukur Allah pilih aku untuk dimasukkan ke dalam keluarga yang penuh didikan adab dan kasih sayang. Aku berdoa ..supaya anak muda generasiku itu dan mungkin ada yang lain ..kembali memakai mahkota kemulian budi .

Semua itu aku ada saham di dalamnya jika aku tidak berusha untuk membetulkannya .Mereka itu perlukan bimbingan dan pedoman .Mungkin mereka jahil dan tersesat. Maka aku terpanggil untuk menulis ,berkata dan memberi nasihat untuk diriku sendiri dan kawan-kawan supaya dengan ini merupakan amalan dan bentengan aku daripada api nereka serta hujjah aku ketika berhadapan dengan Allah nanti. Ya Allah jadikanlah ini satu amalanku yang soleh.

belum di edit dan akan disambung..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home